Showing posts with label PTD. Show all posts
Showing posts with label PTD. Show all posts

Monday, April 3, 2017

TEMUDUGA PTD - Part II

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

Hi Readers. 

Maaf x dapat update on this post early. Kekangan masa dan kerja. Mungkin ada di antara calon yang telah pun menghadiri temuduga dalam tempoh masa terdekat ni. Apa yang saya coretkan disini, bukan sebagai guideline pada mana-mana sesi temuduga, namun more kepada sy nak sharing pengalaman saya sendiri dengan readers. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.

Seperti yang saya ceritakan pada post yang lepas, saya seperti tidak bersedia dan hampir putus asa untuk menghadiri mana-mana temuduga dengan kerajaan. First time tak de preparation. Kurang la sikit rasa berdebar tuh. Mungkin datang untuk memenuhi panggilan temuduga, dan juga harapan mak. Tapi... satu yang saya tetap jaga. Punctuality. Yes, knowing KL macam mana, saya keluar awal untuk pastikan saya berada di pusat temuduga tepat pada masanya. Walaupun tidak bersedia, tapi saya tidak mahu dilihat tidak berdisiplin pada pandangan sesiapa.

Alhamdulillah, bila saya sampai awal, ruang menunggu masih kosong. Dan sempat la juga saya minta tolong encik di kaunter pendaftaran untuk print resume saya yang tertinggal tuh! Terima kasih encik di kaunter, saya rasa encik baik sangat. Kalau orang lain, mungkin dah marah sebab tak bawa dokumen paling penting masa temuduga πŸ˜₯. (Alhamdulillah, Allah Permudahkan). Dan encik ni pun melayan saya dengan baik, politely spoke and treat his customer nicely. Semoga yang baik juga diberi pada encik!

Selepas dapat nombor, saya adalah orang kedua untuk bilik temuduga tersebut. Selepas candidate pertama masuk, dalam 5-10 min menunggu, candidate tersebut keluar dengan senyuman. Tak sempat nak bersembang (or minta soalan bocor mungkin.. ~~~ 😜), nombor saya dipanggil. Tawakaltu'alallah. Capai fail and dokumen, then terus ketuk pintu temuduga. Senyum.

Ini bukan senyum. Ni sengih. 

Ada 2 penemuduga. Seorang pengerusi dan seorang ahli. Wajah pengerusi sangat familiar. Orang yang pernah menemuduga saya suatu ketika dulu. Mungkin satu advantage pada saya, sebab saya pernah ditemuduga oleh beliau, namun disadvantage juga sebab saya tahu, soalan beliau tak akan pernah sama kecuali, "Sila Perkenalkan diri anda". πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Saya banyak menceritakan tentang pengalaman bekerja bagi kerja semasa saya. Tugas dan tanggungjawab saya dan rutin saya seharian. Start from there, bertubi-tubi soalan berkaitan kerja saya diberikan. Soalan yang out of the box. Saya ingat jawapan je yang mesti diluar kotak. Ohmai!
Ini antara soalan dan jawapan kami sewaktu sesi temuduga tersebut. Mungkin bukan exactly, tp lebih kurang macam ni la.

P= Penemuduga
F= Saya

P: Awak kerja di entertainment company kan. Syarikat tu milik India. So, dia x bayar zakat. Kira gaji awak ni jatuh haram. 

I see he is very smart interviewer as he has ability to judge people in different way! Bagi orang lain, mungkin soalan ni nampak kasar, tapi pada saya, dia mungkin nak menguji - mental and emotional. And, well, i think i fail to control both! Muahahaha. I'm burning inside out okay!. Masa tuh kepala tak fikir dah anda sedang ditemuduga dan diuji ke apa. Yang saya tahu, adalah mempertahankan hak dan kebenaran. Ceh gitu!. Opkos laaa berapi dan berasap sikit bila kita penat bekerja, tiba-tiba ada orang buat statement gitu depan ekau. Tapi senyum tetap senyum. Idak lah saya lempar kusi meja buku fail dan sebagainya.

F = Tuan, India tidak diwajibkan bayar zakat. Saya xpasti sama ada syarikat saya ada bayar zakat perniaagaan atau tidak. Tapi yang saya pasti, pembayaran cukai memang ada. Dan, saya tidak bekerja directly dengan benda haram mcm arak, yang saya tahu 7 golongan yang terlibat dengan nya pasti berdosa. Yang saya tahu, saya buat kerja halal, dengan tulang empat kerat saya. Saya masuk sblm waktunya, dan saya balik memang slps waktu bekerja. As long as saya tak curik tulang, saya tak rasa saya buat kerja haram. (hati dah bergelora masa tuh - girl on fire!. gitu)


P = Syarikat awak ni banyak siarkan rancangan yang melalaikan anak muda. Merosakkan pemikiran anak muda. Apa tanggungjawab awak sebagai orang islam yang bekerja dalam tu, untuk ubah semua ni? Nanti dekat akhirat awak akan ditanya. 

Hamek ko! Soalan dia, terus ke hulu hati. Belum habis soalan dunia, dia terus masuk soalan akhirat. Penemuduga ni memang betul-betul tak suka syarikat aku ke ape ni kan? Muahahaha

F = Tuan, rancangan syarikat saya ni sebuah rancangan berbayar. Perlu dilanggan sebelum dapat ditonton. Tak semua orang boleh akses atau tonton sekiranya tidak dilanggan. Berbeza dengan TV1, TV2, TV3, TV9 yang boleh diakses oleh semua orang, segenap usia. Berapa banyak rancangan yang melalaikan disiarkan oleh pusat penyiaran ni? Mentor, ujibakat rtm dan sebagainya. Apa pula peranan tuan sebagai penjawat awam untuk ubah rancangan-rancangan melalaikan ni? Berapa banyak filem dan drama yang disiarkan pada waktu maghrib yang melekakan umat islam? Di akhirat nanti, tuan juga akan ditanya!. 

I admit, time ni menjawab adalah more kepada emotional compare to rational. Mungkin perempuan kot. Pantang dicucuk, terus melenting.

P = Tapi, awak boleh dekati orang atas awak tu. Waktu minum-minum kopi, pergi dekat dia, bagitau lah banyak siaran melalaikan ni. 

F = Sama macam tuan. Adakah semudah itu tuan boleh mendekati orang atasan tuan dan bagitahu rancangan dan hiburan di Malaysia banyak yang melalaikan?

Acah-acah reverse psikologi. Tak payah bagi contoh jauh, bagi contoh depan mata. Diri sendiri. Mgkin kalau bagi contoh orang lain, individu tersebut tak dapat rasa atau bayang situasi orang lain. Kita bagi situasi yang dia sendiri boleh rasa.

P = Tapi, gaji awak jelas daripada siaran-siaran yang melalaikan ni. So, haram lah kan?

Can somebody tell me how to response on this? Masa tuh tak taw laa apa dalam pale hotak saya. Spontaneous je mulut ni menjawab.

F = Tuan, pendapatan negara juga daripada kutipan cukai arak, pusat perjudian, Genting Highlands dan sebagainya. Pendapatan negara itulah antara sumber gaji pendapatan penjawat awam seperti tuan. Saya boleh katakan, gaji tuan juga haram!

Guys, soalan penemuduga ni tak salah. Tapi kita sendiri kena cool down, be rational apabila di provoke. Ni salah satu provokasi untuk uji, macam mana rasional nya kita menghadapi soalan-soalan tak terduga seperti ni. But, i lost to it. Lagi-lagi masuk jatuh hukum macam ni. Iolz can't brain the rational answer at that moment.
Saya tak condemn sesiapa. Tapi kita gunakan fakta. Logik dibalas dengan logik.

P = Oklah, bagi saya dalil untuk kita harus berintegriti dalam bekerja. 

Menangis lah dapat soalan ni. (T.T)

F = Saya tak tahu exact dalil yang tuan maksudkan, tapi saya berpegang pada ayat ini dalam bekerja. 
Maksudnya, tiada siapa yang akan mengubah nasib kita, kecuali diri kita sendiri. Bekerja bersungguh-sungguh untuk ubah nasib sendiri. 

Time ni kompiden la sikit kan baca ayat ni. Nasib baik ingat lagi. Mana tak ingat nya, dok ulang beratus kali masa darjah lima untuk pertandingan syarahan. Nampak lah tuan tuh angguk-angguk. Oklah tuh kan.

Ok, soalan last, ahli temuduga tu yang tanya,

P =  Kalau awak terpilih, awak nak masuk mana?

F = Saya nak masuk Jabatan Perangkaan. Sebab saya belajar Matematik. 

P = Kalau nak masuk Jabatan Perangkaan, tak perlu melalui SPA. Jabatan Perangkaan ada buat pelantikan sendiri. 

Dush! Itu padahnya kalau jawab tanpa ilmu. Sengih je la kan. Sebenarnya, waktu tu, saya sendiri tak tahu nak ke mana. Huhuhhu

Lepas ucap terima kasih, pengerusi cakap camni:

P = Terima kasih, lain kali boleh cuba lagi. 

Apa makna nya? Maknanya, dia nak bagi hint, ko tak lepas interview ni. Keluar dari situ, terus jumpa mak and Qayyum. Cerita pok pek pok pek pasal interview tadi, lepas tuh diam. Dalam banyak-banyak soalan tadi, yang terakhir tuh yang paling terkesan. "Lain kali boleh cuba lagi". Sedih wei sedih. Kaki tak melangkah keluar tapi da dapat hint tak berjaya temuduga. Ekau rasa?

Oh ye, masa keluar dari bilik temuduga, tengok-tengok kerusi dpn bilik menunggu dah penuh dengan orang. Bila tengok jam, rupanya da 30 minit dalam bilik tuh. Banyak lagi yang disoal, tapi ni saya da ringkas kan. Kalau nak taip satu-satu, satu novel plk gamak nya.

Lepas sebulan, saja-saja check result.


Terkebil-kebil baca. Ni berjaya yang mana punya ni? Berjaya untuk ditemuduga ke, untuk peperiksaan ke untuk apa ni? Tepok kawan meja sebelah, dia baca, dia pulak yang menjerit. Ehhhh Faz....Ko dapat lah!!!! Lampi nya ko, ko g tanya balik kawan tu, dapat apa?

Yes. Saya sendiri tak percaya saya berjaya dan lulus, selepas macam-macam dugaan dan pengalaman saya tempuhi. Mungkin anda juga seperti saya, dan pengalaman anda mungkin lebih hebat dari saya. Tapi, saya percaya, mungkin sudah tertulis rezeki saya di sini. Dan Alhamdulillah, resipi doa+usaha+tawakal tuh memang benar. Setiap dugaan ada hikmah. Mungkin Allah nak uji untuk melihat sejauh mana kesabaran kita atas ujian Dia. Dan, tak lain tak bukan, berkat Doa ibu untuk anak-anak dia. Gais, kalau bukan mak saya paksa, mungkin saya tidak disini. Doa ibu mustajab ye kawan-kawan. 

Setiap interview tak kan ada soalan yang sama. Jawapan anda menggambarkan siapa anda, dan personaliti anda. Satu tips saya, elak kan "emmmm", "aaaaaa" yang terlalu banyak. Praktis more depan cermin. Masa perkenalkan diri, biar nampak confident. Jangan terlalu meleret tapi short and sharp. Mungkin anda juga akan ditanya soalan-soalan provokasi seperti ini. Tapi, be calm. Mereka bukan nak downgrade kita atau apa, tapi more nak uji mental dan kesabaran. Kalau kurang sabar, ada yang perli temuduga tu balik, ada yang bangun hentak meja dan sebagainya. Kalau soalan interview pun kita tak boleh sabar, macam mana nak kerja kerajaan dan berhadapan dengan pelbagai soalan panas di luar sana? Fikirkan. 

So rakan-rakan, moga perjuangan anda juga bakal membuahkan hasil. 
Semoga cerita saya ini menjadi panduan untuk anda semua. Believe in whatever Allah has plan for you. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Percayalah. 

Yang benar, 
Faz. ❤

Monday, March 6, 2017

Temuduga PTD

Assalamualaikum and hi reader, 

Keputusan PAC mungkin akan diumumkan tak lama lagi. And the final test will be the interview session. This session will determine either you are "cream among the cream".

Izinkan saya untuk kongsikan pengalaman tak seberapa ni. Perjalanan saya bukanlah mudah dan suka saya untuk kongsikan bersama anda diluar sana.

Sy pernah menghadiri 2 kali exam bertulis dan 2 kali interview utk jawatan PTD. Dan beberapa kali interview bersama SPA untuk jawatan selain PTD. Mungkin sy juga seperti anda, puas kaki ulang alik ke bilik temuduga SPA sampai satu tahap, saya hampir putus asa.

Bertahun saya mencuba. Asal kan ada saja temuduga, malam sebelumnya pasti tidur pukul 2-3 pagi. Mentelaah itu dan ini. Senarai menteri, isu-isu terkini, perbentangan bajet dan sebagainya. Jika esoknya periksa, saya tahu apa yang perlu dibaca. Topik 1 - 12 misalnya. Tapi andai esok temuduga, tiada satu skop pun yang boleh saya tumpukan. Isu nya luas, soalan nya pelbagai. Hanya pencarian melalui google saya jadikan panduan, berdasarkan pengalaman dan soalan lepas.



Kali pertama dipanggil temuduga, segalanya saya sedia. Peta minda, nota ringkas. Berulang kali saya baca. Risau terlupa. Melihat yang datang temuduga, semua segak belaka. Bersuit lengkap, kemas dan nampak bergaya. Kalau compare dengan saya, hmmm apa la yang ada. Tapi tak salah saya mencuba, sebab saya tahu, yang dalam bilik temuduga itu juga manusia. Sambil menunggu, keluar seorang lelaki berusia, seorang penemuduga, dan terus berkata. 

"Saya bagi soalan bocor. Saya akan tanya 3 soalan. Masuk dan terus jawab soalan saya."

Soalan 1: Perkenalkan diri. 
Soalan 2: Apa maksud integriti
Soalan 3: Kenapa nak jadi PTD?

Nampak macam mudah. Tapi sebenarnya susah. Macam mana kita nak dipilih sekiranya semua orang yang datang jawab lebih kurang. Macam mana kita nak nampak menonjol daripada candidate lain dengan soalan mudah seperti ini? Quite tricky kan? Soalan mudah adalah lebih susah daripada soalan susah sebenarnya. Unfortunately, bukan rezeki saya waktu ni. Dan saya sendri dapat rasakan, saya hanya menjawab soalan, tapi takde satu X factor pun dalam jawapan yang saya berikan.

Selepas beberapa siri temuduga bagi jawatan-jawatan lain, saya hampir putus asa. Dan saya akui, bukan mudah untuk terpilih di antara beribu malahan mungkin berpuluh ribu orang yang memohon di luar sana. Saya dengar cerita, bagaimana ada yang menggunakan "kabel" untuk dipilih. Marah? Entahlah. Kalau ada, saya kecewa. Tapi, ini hanya cerita atas cerita, mungkin ada mungkin tidak.

Sebelum saya ceritakan pengalaman temuduga saya yang kedua untuk jawatan ini, saya selitkan cerita tentang "kabel". Benda yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Dulu, saya teringin nak masuk asasi. Tapi takde rezeki. Saya masuk ke matrikulasi. Tapi masih berharap permohonan rayuan diluluskan. Selepas keputusan rayuan keluar, saya dan kawan sebilik, Melati (bukan nama sebenar), sama-sama check keputusan, dan kami sama-sama dapat keputusan.
"Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya dalam permohonan ini". Sedih, tapi saya cool down. Sebab apa cool down, sebab saya fikir, keluarga saya bukan orang berada. Yuran matrikulasi beribu ringgit dah dibayar. Untuk saya bertukar ke asasi, keluarga saya perlu mengeluarkan belanja baru untuk saya. So, saya teruskan jalan yang ada. Pujuk diri, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Namun, berbeza dengan Melati. Melati terlalu berharap untuk masuk ke asasi. Lalu Melati telefon ayahnya yang berada di luar negara yang ketika itu ada urusan kerja. Seharian Melati menangis. Petang tu, ayah Melati telefon, "Melati, pergi check result semula". Suprisingly,
"Tahniah, anda berjaya diterima bagi Program Asasi etc etc..".
Kuasa kabel. Sepetang cuma. Berlaku depan mata. Saya tak punya kabel besar, mungkin wayar halus pun belum tentu ada. Semua nya 100% pada usaha dan tulang empat kerat yang saya punya. Apa yang saya ingin perolehi, saya usaha sendiri.



Ada orang kata, guna kabel adalah salah satu bentuk usaha. Tapi pandangan saya berbeza. Jika anda rasa anda layak untuk tempat tersebut, biarlah anda dinilai sama seperti orang lain. Kenapa perlu guna kabel sekiranya anda benar-benar layak? Bagi saya juga, anda telah mengambil tempat orang lain yang selayaknya berada di situ. Bagaimana pula dengan rezeki anda hasil mengambil tempat orang lain tersebut? Di mana kerahmatan rezeki andai sahaja pada mula nya anda telah menganiayai orang lain yang telah berusaha keras, namun hanya semata tidak mempunyai so called "kabel", hak nya untuk menduduki tempat berkenaan dinafikan. Fikirkan lah, perjalanan kerjaya kita panjang. Andai mulanya tidak betul, anda rasa bagaimana tengah dan akhirnya?

Berbalik kepada pengalaman temuduga kali kedua. Selepas beberapa siri temuduga, akhirnya, kali ini saya seperti tawar hati. Sebab, sudah tentu result nya sama. Hajat tak mahu hadir temuduga, saya maklumkan pada mak. Tapi mak memujuk, "Pergi jela, mana taw ada rezeki".

Malam sebelum interview, tak seperti malam interview yang lain. Di mana saya bersengkang mata untuk mentelaah. Kali ini, saya tidur awal. Esok pagi, saya capai folder sijil dan surat panggilan temuduga. Sepanjang perjalanan, berbual kosong dengan mak. Tak seperti sebelumnya, sepanjang perjalanan saya akan menghafal dan membaca. Memang saya pergi hanya sekadar syarat. Sebab saya hampir putus asa.

Sewaktu pendaftaran, baru saya sedar, saya lupa untuk bawa salinan resume. Antara benda yang paling penting tapi saya lupa nak bawa. Nampak sangat xprepare. Luckily, saya ada bawa softcopy. Saya minta tolong pegawai di kaunter pendaftaran untuk printkan resume saya. Sebelum ni, saya print colour untuk, dan tampal gambar berukuran pasport yang sebenar. Tapi kali ni, segalanya hitam putih termasuklah gambar saya. Saya dah nampak tanda-tanda tak lulus disitu. Sejak awal lagi semua nya tidak seperti biasa.

Saya telah dimaklumkan nama pegawai penemuduga di dalam surat panggilan. Orang yang sama yang tanya pada saya, "apa dalil dalam Al-Quran yang menyatakan kewajipan untuk amanah dalam bekerja". Soalan speechless yang saya tak pernah duga. Pada temuduga lepas.
Ini juga salah satu sebab kenapa saya tak mahu hadir temuduga tersebut. Unexpected question. And many more which, hang baca lah apa pun, takkan satu tu pun yang dia akan tanya! Lebih kurang macam tuhlah.

Dan sewaktu melangkah ke bilik temuduga....

Bersambung....

(saya akan ceritakan soalan temuduga kedua saya dalam post seterunya ^^,)

Writer,
Faz 

Sunday, December 25, 2016

Program Assessment Centre (PAC) - PTD Part II

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera. 

Hi readers. 

Sedikit update tentang PAC from the previous post. Jadual PAC 2017 telah pun keluar. Rata-rata penjadualan dalam bulan 1. 

Jadual PAC

On the 1st day, ada exam bertulis BM and English. Which dulu, sebelum exam online dilaksanakan, exam bertulis ni dibuat sekali dengan exam pengetahuan am dan mathematic. Basically, akan ada 2 soalan bagi setiap exam, dan calon diminta untuk menjawab satu soalan saje. Masa menjawab adalah selama 30 minit. 30 mins tuh sebenarnye sngt lah sekejap. Plan your writing properly. 

First 3 minutes - Read and understand both questions properly. Choose which one you have idea the most. 
Next 3 minutes - Draft peta minda which consist pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3 and penutup.
Next 20 minutes - Hurai esei sebaiknya mengikut draft.
   Pendahuluan - Brief idea on the essay. Definition or maybe short but interesting intro for your topic. 
   Isi - First para is your main sentence, next para is your elaboration. And last para is your example. 
  Penutup - wrap up your topic. you can include your suggestion or penambahbaikan if any (related to your topic). 
Last 4 minutes - Read back your essay, check your grammar, and perkemaskan lagi sekiranya perlu. 

Time management sangat perlu. Be precise on your writing. Jangan melalut. Biar ada isi yang ingin disampaikan. Make it relevant. Jangan termenung lama sngt fikir idea. Selain menguji your writing skill, test ni jugak nak uji how far and how fast u can throw your idea in 30 minutes. 

oh ye, sedikit makluman. sebelum ni juga, exam bertulis ni pernah diadakan pada hari yang sama ketika interview session. tp utk thn 2017, telah diubah dan dimasukkan ketika PAC session. 

Utk psychology test nampaknya tidak dimasukkan di dalam jadual tahun ni. mungkin dihapuskan terus or mgkin diadakan sebelum interview session. 

Rancang perjalanan sebaiknya bagi yg dapat PAC di tmpt yang agak jauh. Make sure brg2 kelengkapan disediakan sebaiknya. Berada awal untuk pendaftaran. Dapatkan rehat yang cukup sehari sblm PAC. Oleh kerana jadual yg agak padat, so please be prepared. Lps UKJK, ada exam bertulis, so pastikan ckp tdo. If badan penat, ΓΆtak pun penat, mgkn akan mengganggu konsentrasi anda utk menulis. 

Last but not least, jgn stress ok. Amalkan petua ni, perhebatkan usaha - perbanyakkan doa - dan tawakal sepenuh hati. InshaAllah..

Good luck guys. 

Penulis, 
faz

Wednesday, December 14, 2016

Program Assessment Centre (PAC) - PTD

Assalamualaikum w.b.t

Hi Readers.

Berkobar-kobar rasa nak menulis. bila ada mood, xkena dngn masa pulak, bila ada masa, xde mood plk. Macam-macam.

Everytime musim exam PTD, kwn2 yg dpt exam akan tnya berkaitan exam n proses pemilihan PTD. So, saya rasa tak salah kira nya saya berkongsi pengalaman dan sedikit info for those yang terpilih untuk menduduki peperiksaan dan berjaya ke peringkat seterusnya. 

Pemilihan PTD ada 3 peringkat:

1) Online Exam
2) PAC (Program Assessment Centre)
3) Interview

Oleh kerana exam PTD baru saja lepas, i'll share about PAC. Basically, PAC is two days program consist of:

1) Fitness test
2) Communication Skills
3) Leadership Skills
4) Teamwork Skills

1) Fitness Test

Dalam fitness test, ada beberapa ujian yang akan dilaksanakan. First, BMI test. Then Bleep Test. Bleep test is larian ulang alik 20m mengikut nada yang diberikan. Bleep test ni bukan nak tgk siapa paling laju, but nak test stamina. So, tips for bleep test, just maintain your running note, jgn terlalu laju n jangan terlalu perlahan. Jgn pecut awal2. nnt cepat pancit. Next is test Genggaman Tangan. Test ni sngt senang. Diorg nak measure kekuatan genggaman tgn uol je. So, genggam laa alat tuh sekuat hati. Lepas tuh, test Duduk Lunjur. Ni nk tgk kelenturan badan. Uol just kne duduk dan luruskan kaki, then bongkok kan badan ke depan untuk capai garisan yang paling hujung. Last, test bangun tubi. Yang ni uol da biasa buat rasa nye, letak tgn di belakang kepala, then baring dan duduk dalam masa 1 minit. tgk berapa kali kita boleh buat dalam masa seminit tuh.

Bleep Test



Secara ringkasnya, panduan UKJK adalah seperti berikut:


2) Communication Skill

Test ni akan dilaksanakan melalui Public Speaking in English. Stp peserta diberi masa 7 min utk menyampaikan hujah. Nmpk macam lame kan, tp once da bercakap, rasa x ckup masa. Tajuk berdasarkan cabutan undi and normally sangat general tp kena ada basic knowledge jugak utk bercakap. Antara tajuk2 yang pernah diberi sebelum ni adalah:

 i - small and medium industry
ii - inflation
iii - national athletes
iv - water pollution
v - automotive industry
vi - halal product

Tajuk mungkin berulang, dan msti ada penambahan atau pertukaran. Topik2 baru seperti GST, public transport (MRT) mungkin akan jadi antara topik2 baru yang akan ditanya. So pastikan anda ikuti perkembangan semasa, dan update isu-isu terkini.

Tips:


  • Elakan topik2 sensitif seperti politik, perkauman dan sentimen agama.
  • Pastikan hujah ringkas tp padu. 
  • Sediakn fakta, huraian fakta beserta contoh. 
  • Rangka public speaking anda mengikut format pendahuluan - isi - penutup
  • Keep track on masa. Jgn terlalu panjang pada mukadimah dan terlalu meleret.
  • kurangkan aaaaa aaaaa semasa public speaking
  • Pensil, nota adalah dilarang sama sekali. Everything on your mind. 


3) Leadership Skill

Akan ada perbincangan berkumpulan dalam Bahasa Melayu and English. In this case, diorg bukan nak tengok how u monopoly the discussion, but how u take lead and give chance to other team members. Ingt! Team leader yang baik, adalah yang sentiasa memberi peluang kepada anak buah nya utk menunjukkan kemahiran. So, be a leader. Not a boss. Tajuk-tajuk perbincangan normally x kan lari dari skop berikut:


  • Pertanian
  • Keusahawanan
  • Integriti
  • Sukan 
  • Pendidikan
  • Ekonomi
Topik2 seperti NKRA, Dasar-dasar dan perlembagaan kena ambil maklum. Bukan utk hafal smua, tp atleast ambil tahu ape itu NKRA, apa itu dasar pandang ke timur. Siapa, bila, dimana, tuh basic. Jangan conquer perbincangan, tp berbincang. Kalau nampak ada yang tak berpeluang berckp, beri peluang dkt dia. Tnya soalan yg membina, create satu perbincangan yang aktif tetapi harmoni. Ingt ye, kita perlu berbincang, bukan berdebat.


4) Teamwork Skill

Last but not least, teamwork skill. Stp peserta diberi kan kumpulan, dan diberi satu tugasan utk diselesaikan. Mgkn kena draft jadual utk program Hari Sukan Negara, atau pertandingan Hari Kraftangan dan sebagainya. 

So guys, participate actively k. Jgn cndemn idea org, tp dalam masa yang sama, be realistik. Gunakan masa yang ada seoptimum mungkin. Jgn terlalu irrational dan mengarut. Bergaul mesra la dengan smua org. 



Selain ujian2 di atas, akan ada ujian bertulis utk psikological test. Simple je soalan die. Ada 382 soalan. Jujur dan jgn fake. Soalan subjektif. 

Sebelum pergi, pastikan kelengkapan seperti alat tulis, laptop, buku nota dibawa sekali ya. Senang nak cari info. PAC bukan saja uji fizikal, tp mental. 

Kenapa diorg buat ujian mcm ni? Bcuz, nak train your mind utk hadap 10 bulan kursus nnt. Kalau 2 hari pun x boleh tahan, apatah lagi 300 hari. So, be prepared peeps.  Plg penting, banyak kan berdoa. Good luck!

Yang benar,
    faz

Tuesday, October 11, 2016

Majlis Istiadat Penganugerahan DPA 2015

Alhamdulillah,..

Ucapan syukur buat yang Maha Esa, atas rezeki dan peluang yang disediakan. 

061016

Officially graduate from DPA programme and becoming a PTD officer. My journey just begin here. 

Tulang belakang saya.

Tidak dilupakan, Jemah, kawan kawan seperjuangan, segelak, dan segosip.

Hey gurlz, you all ohsem!

Ya!!

Perjuangan 10 bulan bernoktah di sni.

Aurorian! Will be missed. Muah!

#diaryptdfaz

warm regards,
Faz


Monday, September 19, 2016

Kadet PTD 2015 - Episod 6 (Bomba)

Tengah whatsapps dengan Jemah, terasa rindu dengan Sabah.
Teringat zaman hitam putih pahit manis tawar masam mase dekat Sabah.

Modul beruniform terakhir, bomba. Really enjoy this module.

1) Dpt serumah dengan Jemah. Serumah 3 bilik, 1 dapur and ada ampaian. Ruang tamu pun luas. Bilik air sentiasa ada air. Selesa. Setiap bilik ada katil.

2) Aktiviti menarik. Setiap modul seharusnya penat. xdpt dielakkan. Tp aktiviti dkt modul ni mmg sngt enjoy. X menyesakkan dada dan terlalu membebankan. Alhamdulillah.

3) Makanan ok. Wlaupun kadang2 kurg sane, kurg sini, tp tuh lumrah modul. As an adult, jgn lah terlalu banyak komplen, and terime kekurangan, at the same time, baiki.

My Team

Modul bomba banyak memberi input, penekanan terhadap keselamatan, aspek-aspek dan tugas menyelamat. I can say, this module mmg komprehensif, 

1- Pendedahan teknik menyelamat secara amali dan teori. Perkongsian melalui cerita-cerita lepas dan pengalaman ahli bomba, termasuk yg pernah terlibat dlm misi menyelamat sewaktu kejadian highland tower dlu

2- Praktikal memadamkan api, trun bangunan menggunakan tali, masuk kawasan yg gelap, panas dan sempit, bantuan kemalangan dan sebagainya, which smua kadet berpeluang utk mencuba stp aktiviti ini. 

3- penekanan terhadap kerja berpasukan. knowing bomba mmg sngt bergntung harap di antara satu sama lain.

Love this. 

Modul bomba banyak menguji ketahanan fizikal and mental. But mengujakan. Di samping diselang selikan dengan aktiviti teori, kebudayaan dan lawatan, we end our outdoor module with unforgettable memories. 



Well, I can say, abam2 bomba ni mmg mendidik kami. 2 minggu dkt sni mmg sngt bermakna. Bagi adik2 yang bakal PTD/ kadet PTD yang akan menjalankan modul luar ni, sy kongsikan sedikit keperluan sewaktu modul bomba ni berlangsung:

1-  Sport attires + Tshirt DPA (3 or 4 psg)
2- Kasut sukan, selipar
3- Peralatan mandi
4- Peralatan solat
5- Barang asas peribadi
6- Ubat-ubatan
7- Sun block
8- casual attire utk aktiviti keagamaan dan kelas malam

No need water shoe, insect repellent, baldi, bantal. xde masuk hutan, tilam, katil, cadar smua disediakan. keperluan ni berbeza mgikut tmpt modul dijalankan nnt. aktiviti bomba bnyk main peluh, baju mmg cnfirm busuk. tp boleh basuh n sidai. sumber air mmg sentiasa ada. uniform bomba sorg sepasang. so pndai2 laaa jaga. sembur febreze and pkai tshirt kt dalam.

Muka yg xdpt digambarkan
oh ye, stp ptg ade sukan. aktiviti hakiki bola tampar. tp sbb court limited, so kitorg create game sendiri, like galah panjang, baling2 selipar, bola beracun. sangat cool kan men sukan kampung kt sni. instruktor sngt sporting. men la ppe pn, yg pnting korg bersenam. mcm pmpuan gile aku berlari xpkai kasut atas jalan tar. enjoy to the max. 

Comot melampau

besides 4 modul luar utama ni - OBS, Tentera, Polis, and Bomba, ada 3 modul lain di Sabah, Praktikal @ State Agency, Praktikal @ Federal Agency and Khidmat Masyarakat which aku akan cerita dalam post yang lain. 

Until we meet again in the next post.

Bubye~!

Writer, 
Faz
 






Monday, August 29, 2016

Kadet PTD 2015 - Episod 5 (Polis)

Mimpi ngeri modul tentera masih belum berakhir.
Kali ni modul Ketenteraman Awam @ Polis.



Nasib badan dapat coach yang train vokal sampai nak terkeluar anak tekak. 3 hari dijemur mampu jadikan kami dr anak Melayu kepada anak Afrika. Panas nya padang kawad tuh, boleh terasa kat tumit. Tengok jadual yg ada, terus mimpi ngeri bile mana adanya latihan kawad dr pkl 10 pagi smpi 4 ptg. Training hentak kaki lebih sejam. Xbuleh minum plk tuh. Peluh je da boleh dpt sebotol air mineral. Tadah je telinga dgr jerit pekik trainer tuh.

Tp yg syok nye kelas amali. Ada ekon plk tuh. Uiiiiii.. Terasa bahagia seketika. Walaupun jarak kelas dngn asrama mmpu menjadikan perot yg kenyang kembali lapar, tp boleh dimaafkan. Dengan adanya nyanyian semut dan hilai tawa mereka. Dan makanan yang kadang2 ckup kdg2 x. Lumrah bermodul.


Oh ye, penginapan kt sini dlm kuarters. Ada kipas, katil dan bilik air yg selalu tak de air. grrrrr. chobaan. nasb bek sebilik dngn jemah. tp xsmpat bergosip. masing-masing masuk blk tdo. penat amat. utk modul polis, ade 2 suit. satu uniform kerja, satu baju cheloreng. which baju kerja mse pergi kelas or aktiviti formal, n baju cheloreng utk akiviti luar/hutan. 


habis hutan pdrm tuh aku tarah. bdk2 ni masak nasi, bercamping, tp asap die, mcm bakar hutan. but yes, hutan pdrm mmg terbakar pn. ekceli, tmpt ni x sesuai jdi tpak perkhemahan. sbb hutan bakau. which, tanah die simpan bara abi. wlaupun api da padam kt atas, tp sbb bara abi dlm tanah, bara tuh naik jadi api smula dan boom! terbakar la hutan ni. perkhemahan kami di hutan terpaksa dibatalkan ekoran isu pengganas dan penceroboh di sabah ketika itu. utk kselamatan, kami berkhemah di hutan pdrm je.


kalau da name nye si ratu tido, dlm hutan penuh ranting pn ko boley lelap kan. ni bakat survivor aku yg diternak sejak kcik. muahahaha. klo org kate, dicampak ke laut menjadi pulau, aku dicampak dimana pn mampu tdo. wktu survivor ni, ko xkan dibenarkan sarapan. tp dlm pkl 10, ekau akan dibekalkan dngn beras, dan ayam mentah. yg jumlah nya ckp utk seorang dua mkn. tp jumlah tuh perlu dikongsi dlm satu kmplan sekitar 9-10 org. dgn x sarapan pagi, pnt crik kayu api, hirup asap berkilo2, lps tuh dpt mkn sorg seketul ayam. ko rase? mne x moody smua org.


gaya da win kan. tp klo ko tgk video, bru ko nampk bertape menggigil nya tgn itu. beza menembak mse tentera n polis, tyme tentera, senapang tuh dkt tanah, kita meniarap, aim n tembak. tp pistol kecik ni ko kna pgg, aim dan tembak. dgn bunyi letupan yg super memekak kan telinga, pistol besi dan peluru hidup, aku tnya pd instructor, "tuan, boleh guna peluru kapur x?" =.=!

bunyi mcm, ek eleh, tmbak pn takut. gile ko xtkt. cube ko pgg pistol tuh sendri. silap hari bulan, ble menanges ko kt situ. ade yg berdarah tgn, aku smpi trpaksa melutut sbb tgn kaki menggigil amat. ckplah sekali pengalaman ni. gian menembak ilang terus. huhuhu.


oh ye, sewaktu survivor, kami tdo dlm khemas. utk 3 hri 2 mlm. tdo mcm x tdo. satu sempit. dua panas. tiga, berjuta nyamuk, empat, tanah x rata. kombinasi empat ni xmampu buat ratu tdo, tertdo. hasilnya, esok ratu tdo kepenatan. dan menjadi kurang aktif. dan ratu tdo akan moody smbil teringat2 katil empuk di intan.

scra kesimpulannya, modul polis x se hard core modul tntera. bnyk kelas, penceramah best, bnyk input dan thp toleransi pn tggi.n yg pnting erat hbngn satu sidang.

and


i did it!!!!! yes! abeh jgk modul ni. we yuuuu joget joget

last but not least;



faz dan mic berpisah tiada. tugas hakiki wlupun memakai uniform inspektorsahab.

Saya yg menurut perintah.

..Faz..



Thursday, June 30, 2016

Kadet PTD 2015 - Ep 4 (Tentera)

This is my worst nightmare sepanjang aku hidup.

Yes. Hidup dlm kebusukan almost for two weeks. Mandi peluh. Penat lesu jadi mknn harian. Paling di dambakan masa modul tentera ialah angin. Kelas dlm kanvas yg super panas. sebab kipas sebiji boleh bawak gado.

Bngn pkl 4 pagi semata utk basuh muke, amek wuduk. air se-kolah yang ade hnya di top up skali shri. so air yg ade tuh laa nk buang air, nk basuh muka, nk mndi kambing n nk amek wuduk utk 70 org wanita. xley selfish. bagi keutamaan pd mereka yg uzur dan yg nk buang air.

usai solt subuh, beratur utk PT pg. lari satu padang. padang ni bkn padang biasa. tapak khemah kami dibina di atas sbuah lapangan terbang lama. bygkan seluas mana kawasan kapal terbang mendarat. now da jdi padang ragut utk lembu, kerbau, kuda. pg2, klo bernasib baik, dpt lah buat side roll dgn kumbahan najis2 haiwan dkt situ. which is, xtawlah apa nasib sidang kami, kami bekpes dgn side roll. baju yg limited tuh laa yg nak dipakai spnjng hari. malu? xperlu rse nye. dkt situ, xde spe yg bau wangi. balik kemah, sembur je febreze. klo basah lencun baju dek peluh, dont worry, letak je baju kt dlm khemah, blk tghri nnt da kering kontang. sbb kemah kt situ, suhu die lebih panas dari padang pasir.


stp hari kitorg tdo mse kelas. lps satu kelas, ke satu kelas. xtvt abeh pkl 12am, pkl 4am da bngn. tdo dlm keadaan xlena. nyamuk punyalah bnyk. risau ade roll call. tdo dngn celoreng n boot. Allah je yg taw bertapa kami menghitung hari utk blk hostel. mandi mcm manusia. jd manusia normal. tugas hakiki aku, buka jadual dlm folder, slash satu per satu xtvt yang ada dlm jadual. betapa masa tu berlalu dgn sngt perlahan.

hp kami dirampas. kwn2 je tmpt mengadu. denda demi denda kami hadap.

change parade mlm2 buta. dari dlu aku x suke org denda tnpa reason. org tak buat salah, tp saje cipta alasan utk mendenda. seronok tgk org tergolek tertonggeng2. nmpk mcm satu hiburan, yg pada aku, itu bkn satu bntuk pendidikan, tp more kpd memenuhi kepuasan diri.


kawan2 masa ni sngt2 mmbantu. saat korg down, kwn2 kt sni yg jdi penguat semngat. tmpt korg mengadu n meluah perasaan. kongsi rasa mrh dan penat same2. yang paling manis, korg akn try to create something yang fun same2, semata2 utk hilangkan rasa penat dan sedih dlm hati.

mgkin ada hikmah. untuk menguji kekuatan mental dan fizikal. pupuk semangat tlg menolong. tp pd aku, saat susah mcm ni yg eratkn hbngn kami satu sidang. smngt nk susah same2 ngn kawan yg x mampu. pujuk sesame sndr.

buat adik2 yang bakal memasuki kadet, sy kongsikan sdkt tip utk modul tentera ni:

1) bwk travel bag instead of luggage. senang uol nk angkat nek bas, nek asrama, pndah sne sni.
2) bwk tshirt hitam, track bottom gelap, stokin yg lebih. baju celoreng, boot, tshirt celoreng akan dibekalkan
3) bwk botol air sndr. stp pserta dpt 2 kotak air mineral 1.5L. tp klo smua bwk botol air yg same, then slalu laaa bertukar. better bwk botol sndr, n tuang air tuh dlm botol korg
4) bwk baldi n gayung. sngt2 diperlukan. gayung n baldi yg ade (kalau ada) mmg cnfrm x ckp
5) bwk sunblock sbb kt sni tiap2 hri korg kne jemur.
6) bg prempuan, bwk kain basahan utk mndi. klo nk tggu toilet, hri2 laa kne side roll kt padang tuh. cnfrm kne denda sbb lwt.

oh ye, memori plg xley dilupekan ble dpt kalah kan jurulatih mse menembak. satu2 nye team yg dpt kalah kan jurulatih di antara smua sidang. Alhamdulillah. rse gian nk menembak lagi. thanks mira, shasha, ezat. :)



p/s: sdey smbut bday n thun baru dlm kem. mase ni sngt2 rndu nk blk kl (T.T)

oklah. smbg nxt post.

bai bai!

next: Ronda-ronda Sabah.yihaaa!

Penulis:
Faz

Tuesday, June 14, 2016

Alhamdulillah..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dari Maha Penyayang..

Syukur atas rezeki dan kurnia Nya, moga beroleh barakah dan rahmat dalam kehidupan mendatang jua.
InsyaAllah..

Presenting my new baby..


:)

Salam Ramadhan,
Faz

Wednesday, March 30, 2016

Kadet PTD 2015 - Ep. 2

Assalamualaikum w.b.t.

3 days to go.. before dilantik as PTD officer. InshaAllah. Semoga dipermudahkan.

Oklah, kali ni biar aku cerita tentang Aurora @ Agogo.

On the 2nd week lepas kitorg daftar and after GI, kami telah dibahagikan kpd 4 sidang, Sidang A, sidang B, sidang C and sidang D.
Maka bermula lah sesi suai kenal. Xboleh tukr sidang, except, ada reason kukuh.

Before that, utk pengetahuan semua, our batch is the first batch yg akan diterbangkan ke Sabah untuk kursus luar.
So, 2 kerajaan akan terpisah untuk 8 bulan yang akan datang. Happy but not happy.
Best dpt pergi berjalan, tp x best sbb kursus lame sangt dkt sabah nnt. Ok, kejap lagi sambung pasal Sabah ek.

Ahli dalam sidang ni la yang akan seiring sejalan dalam kursus slme 10 bulan kt INTAN ni. Yg ni la yg korg kena hadap dalam kelas n kursus luar. Yg akan gelak n gado same2 ngn korg nnt. Ok, bila da taw dpt sidang mane, now nk crik nama batch, nme sidang, n name kerajaan. Lps bersiri-siri mesyuarat, akhirnya, nama yang diluluskan adalah LANTERA, and nama setiap sidang adalah AURORA, BENDERANG, CENDELIA dan DIANDRA. Kerajaan satu adalah MESILAU - Aurora & Benderang, manakala kerajaan 2, TIMPOHON - Cendelia n Diandra. Nama mesilau and timpohon adalah nme checkpoint dekat gunung kinabalu, bersempena kami yg akan ke sabah nnt..

Jumlah batch kali ni mmg ramai. Seramai 300 orang. almost 3 kali ganda dr batch sblm ni. Klo bergmbr, mmg semut laa jawabnye. Klo bkn ddk barisan paling depan, jgn harap nk nmpk muka sndr dlm gmbr tu. So, dlm satu sidang ada dlm 70+ orang.

Dlm DPA, akan ade 2 modul. Modul akademik n modul luar. Modul akademik ada 10 subjek, n modul luar ada 4 teras utama. Dlm modul akademik, uol kne lulus smua exm bg stp subjek, sbgai syarat lulus. Klo x lulus, kne repeat, klo x lulus jgk sbjek tuh, anda trpksa dikeluarkan. Stp sbjek akademik, ada assignmnt, presentation and exm. kadang2 ada projek. depend on lecturer. so, 4 bulan dalam modul akademik, x tdo utk study da bse. assignmnt bertimbun da bese. buat slide presentation pn da bse. jadi ptd kne multitasking, kne pndai agih masa study, buat assignmnt, and organise program. macam2 program kitorg da buat, next post aku cte psl program kitorg k.


Stp abeh satu subjek, kitorg mmg akan tgkp gmbr sidang with lecturer. Kejayaan menamatkan satu sbjek kunun2 nye. Mcm bse, dalam satu sidang, mst ade mcm2 kerenah n ragam. klo xde ragam2 ni, mst laa bosan je hidup kan intan. ragam2 ni laa yg mewarnai stp masa-masa yg kami kongsi bersama. gado tuh da mcm sarapan pagi. gosip tuh da mcm mkn tghri, dan sentap2 tuh dah mcm makan malam. So, layan je stp apa yg jadi dalam sidang masing2, sbb nnt cnfrm korg akan rndu ragam2 ni nnt ble da masuk servis.


kami macam adik beradik. susah senang bersama. keakraban kitorg lagi kuat bile kami same2 pergi modul luar. menangis guling-guling. siyes. aku akn cte dalam post modul luar, asam garam mse modul luar dkt sabah.


Selamat Memasuki alam pekerjaan Aurorian. Semoga sukses dalam kerjaya PTD yg dibina.

Will miss u guys damn much. Aurora fayyah!! Iyyah.

Aurorian,
Faz

Monday, February 15, 2016

Kadet PTD 2015 Ep. 1

Part 2.

Bismillah.

UKJK - Ujian Kecerdasan Jasmani dan Kesihatan.

Ujian ni untuk menentukan sama ada kita fit or x untuk segala aktiviti sewaktu training slama 10 bulan ni, terutamanya sewaktu menghadiri modul lua. Dalam UKJK ni ada beberapa test yg akan dibuat iaitu:

1) Beep test
2) Sit Up
3) Genggaman tangan

Part yang paling mencabar is beep test. Sebab, kita kena lari ikut tempo beep yang ditetapkan. Makin lame makin laju. Dia nak tgk brpe laps kte boleh buat. Beep test ni bukan nak tgk spe paling laju, tp nak tgk siapa yang paling lame bertahan. So, tip utk beep test ni, jgn pecut awal2, just maintain and steady jew. Spe yg pcut awl2 tuh mmg akan pancit. Percayalah.

Sesiapa yg x fit, akan diberi latihan insentif. Ada dua kategori, x fit bmi, or x fit ukjk. Klo kurg or lebih bmi, anda perlulah berusaha keras untuk dapatkan berat yang ideal. Control makan, or amek supplement etc. Klo xfit ukjk, anda akan di train sehiggalah anda fit untuk menjalani semua aktiviti yang dirancang. Bagi yg x termasuk dalam kumpulan x fit ni, ttp akan ada latihan fizikal (PT) pd stp ptg slps kelas untuk pastikan stamina korg in a very very good level. Penat mmg penat. But lps sbulan dua kne mandi peluh, at last, u used to be with it.

Satu yg diorg terapkan pada PTD.

A - Attitude
S - Skill
K - Knowledge
A - Adaptability
R - Resilience

Tgk je mantera ASKAR ni, maka korg da taw da, wajib ade high attitude, multi skills, wide knowledge, good adaptability with surrounding and last but not least, powerful resilience. bukan nak takutkan, tp all these things mmg ada dlm training, and sangt sangat dan sangat menguji. so, just prepare, mental and fizikal.


GI - Group Integration

On da same week, lps tmt UKJK, de GI plk. GI ni ala2 OBS tp berkali2 ringan. GI ni juz sbgai pengenalan kepada modul lua je. Kitorg pnya GI wt kt Alang Sendayu, Gombak. Which is, ni kali ke 5 or 6 aku kt g sni. Sblm ni da berkali2 wat kem kt sni. So, satu advantage kt aku, sbb aku taw selok belok tmpt ni. Heeee


Pembahagian kumpulan ni mmg best. Kitorg kne pick satu cebisan puzzle dlm kotak, then crik kwn2 yg sepadan, n bentuk one group. Puzzle die pening gle, ala2 kertas dr satu bku cte, tp lukisan lbey kurg same, lps tuh, hasilnya bukan dalam empat segi tpt yg cntik, tp mmbntuk huruf2 trtntu. da laa kitorg x ley bersuara, lps arahan crik sndr. stp kali arahan salah, kitorg kne stop, n pk blk. ulang ulang ulang smpi arahan btol. guling-guling pening.

aktiviti masa GI smua nya outdoor. Mmg penat. kdg dpt tdo 2 jam je, lps tu da kne kjut msuk utan. abeh prog nk dkt kol 1, kol 3 kne kjut wat night walk smpi sbuh. gelap gelita x nmpk ape. sbb ngntk teramat, pale pening sbb xley tgk ngn jelas dlm utan, gelap gle gle, so smbl jln, tdo. terhuyun hayang kiri kanan. nanges!

slain itu ada aktiviti mcm menara maruah, treasure hunt, bina jambatan. sume nye outdoor. mlm terakhir, kitorg wat "bekwah". ala2 knduri. wat rendang, lemang, dalca, dodol, ketupat, and bbrpa lauk lagi. xtdo mlm nk kaco tdo, nk kering kan rndang, potong bhn2. mse tuh terasa bkn manusia. dngn mata panda, bau ikan kering. huuuuuu~~~

tp..

tuh smua pengalaman. best! buat kje rmai2, meriah gle. mcm esk nk knduri. mcm2 ragam laa hangpa ley tgk. bdn penat, tp ending best, so pnt ilang. tp ilang sket je la.


GI ni juz nak kte knal seseorg tuh utk permulaan. tym ni blom dibahagikan sidang lagi. yg btol2 akan rapat ngn kite bile da dibahagikan sidang. and kat situ la cabaran as a PTD Cadet bermula..........




End Episode 1.

Next Ep: Lantera, Mesilau Dan Aurora @ Agogo!

Friday, September 11, 2015

Kadet PTD 2015 Ep. 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

3 bulan menempuh hidup, atas nama seorang kadet pegawai tadbir diplomatik.
Catatan ini untuk tatapan diri, disamping pedoman untuk kadet yang akan datang, mungkin.

Masa terluang yang ada, hanya untuk berehat, kerna masa sepenuh nya dipenuhi dengan aktiviti,
mahupun assignment.. :(

-- Part 1 --


24th May 2015.

Tarikh dinanti. Keperluan lengkap sebulan awal. Buka beg, ttp beg, keluar stp hari hnya untuk memenuhi list brg yang xpernah pernah complete. Just want to share brg2 penting yg perlu dibawa.

Sport Attires:
1) Tshirt hitam atleast bwk 4 helai
2) Track bottom hitam atleast 4 helai.
3) Tudung hitam atleast 4 helai
4) Sport shoe
5) water shoe

Formal attires:
1) Baju kurung 8 pasang
2) Baju batik 2 pasang
3) Kemeja putih 2 helai
4) Court shoe
5) Kain hitam
6) Name tag

Casual attires:
1) Kasut bertutup
2) Blouse sehelai dua da memadai

Keperluan lain:
1) Stokin sukan
2) Skin color socks
3) Kain dalam
4) Payung & Ponco
5) Torchlight
6) Sunblock
7) Peralatan & Pakaian mandi

Ini hanya keperluan wajib semasa kelas selama 6 bulan di INTAN Kiara. For our batch, kitorg kne attend 6 months modul akademik di INTAN for 6 months and modul luar kt Sabah for 4 months. Which is, semua peralatan keperluan aku xprepare pape ag stakat ni.

First day dtg, pastikan Kadet pakai formal attire, with name tag Hitam Putih, court shoe yang memenuhi syarat, hitam, tumit x melebihi 2 inci, n kosong tnpa reben or corak2. Oh ye, pkai kain dalam sekali, n jangan pakai blazer. PL (perunding latihan) or PLK (perunding latihan kanan) akan suruh korg tukar/carik kasut, kain dalam immediately on that day jgk. N bukak blazer if korg pkai blazer msa pendftrn.

First2 sampai, beratur dlu kt dewan, untuk proses isi borang. Klo x silap ade 6 kaunter berbeza, kaunter yuran, kaunter bmi, kaunter baju, kaunter serahan borang detail diri, borang serahan sijil. Sblm masuk tuh, korg da kne buat medical check up, klo x fit, xley masuk. Klo ade masalah kesihatan, akan ade pemeriksaan lanjutan. Sbb ape kena btol2 fit, sbb aktiviti kt sni super lelah, and tntut 100% kesihatan yang superb power. Believe me. Korg akan caye bila mana hri first da kne menapak dr dewan serbaguna ke asrama panjat bukit 45 degree dengan court shoe, ulang alik angkt beg besar2 berpluh kilo, xsmpat unpack da kne kmpul. INTAN ni kaya ngan anak tangga. Jgn riso, sini tmpt yg paling ideal nak trun kan berat badan.

Ok, kita masuk part happy skit.

Xnk laa takut2 kan readers.
Bilik die best gile2. Ekon mmg membuai, sjuk mcm dok london, peti es ade, tv pn ade. cuma nya, nasib2 laa klo ade yg dpt peti/tv yg kcik or besar. yg x best, channel tv tuh di kawal spnuh nye oleh control room, n ley tgk 3 channel je dlm satu mase, FOx, tv3 and tv1. ok la tuh kan. bkn slalu dok blk pn nak layan tv. toilet cntik, tilam empuk, meja study pn ok. ade balkoni tok sidai baju. So korg jgn riso psl penginapan, everything just fine. Melenakan klo weeknd xde ppe aktiviti. Makanan kt dewan makan pn mampu menggemok kan. Sdap dan lazat. Xheran bdk2 kadet ni ley gemok wlaupun da daki anak tngga batu caves hari2. tp, klo korg ada alergi seafood, diorg mmg xasingkan, so tnggungjwb sndr utk plh mknn yg sswai. or prepare ubat alergik bnyk2.

Kitorg masuk ari ahad, ari isnin de ice breaking, n hafal lagu dpa. Blazer da tempah awl2 mse tklimat. Mase pendaftrn da beli amek blazer tuh if da siap. Oh, lagu dpa tuh mmg sngt ssh ye dihafal utk permulaan. Ayat pertma pn asik terlupe je wlau pn da ulang like 20x. Siyes.

Ni lirik lagu utk pnduan:

Sentiasa selangkah dihadapan
Dijadikan pedoman
Itulah iltizam kami peserta
diploma Pengurusan Awam

Keteguhan sahsiah dan pekerti
lambang keunggulan ptd
kesopanan serta kesusilaan jadi keutamaan

kami berikrar terus berusaha
menjiwai keunggulan
sifat mulia teguhkan ketrampilan
asas kearah kecemerlangan

perkhidmatan tadbir diplomatik
jasa kepada pertiwi
meneruskan tradisi ini
aspirasi dan komitmen kami.

Next episode, UKJK and Group Integration!


Wednesday, February 18, 2015

Manisnya Ketentuan Allah


Salam reader,

Segala puji-pujian dan ucapan syukur dipanjatkan ke atas Nya, Yang Maha Penyayang.

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.

Hanya pegang pada yang 1, setiap yg terjadi, susah dan senang yang dilalui, pasti terkandung hikmah nya nanti. Cuma kdg, aku sndr merasa letih, terasa beban terpikul berat sekali.

Perjalanan 2 tahun di alam pekerjaan, terasa terlalu mencabar. Jatuh dan bangun, dlm dorongan keluarga dan sahabat, perjalanan itu diteruskan juga. Penat berlari, berjalan hingga merangkak bertatih. Kuatkan hati, dipujuk diri, ada hikmah besar tersembunyi pasti. Sabar dan sabar. Itu yang pasti.

Hingga, pada tanggal 29/1/2015, aku terima berita gembira. Riang rasa hati, syukur tidak terperi.



Tidak dijangka. Sunggh. InshaAllah, aku kongsikan pengalaman exm, interview di post akan datang.

Pegawai Tadbir Diplomatik, M41. :)


Yg benar,
Faz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...