Assalamualaikum..
Hi Readers.
Lepas kenduri kahwin, terus hidup saya bertukar sepenuhnya. Kerja di pejabat tak pernah susut. Lepas balik bercuti, berbakul-bakul kerja kena kejar. Sebenarnya, waktu saya bercuti pun, hidup akak tidak pernah sunyi dengan kerja. Balik rumah, saya dah ade komitmen lain. Nak tengok blog memang tak pernah punya masa. Akak sangat rindu debabitugajah. Sob!
Actually, saya memang suka menulis. Dari zaman belajar punya diari. Lepas tu bersepah dalam almari buku-buku tersebut. Bezanya, kalau salah tulis dalam diari, susah nak padam. So iolz menulis dalam blog. Syok. Boleh masukkan gambar lagi gitu. Tak payah bersepah dah dalam almari. At last, mak akak bakar je semua buku-buku lama. Termasuk diari akak. Sekarang, sis happy, sebab mak tak boleh bakar blog sis ni plk. Muahahaha!
So, apa yang sy sharing kt sini, just for fulfill my passionate towards writing. And sharing with my readers and blog-walkers. Informative and non-informative. Bukan lah saya nak berlagak ke, menunjuk-nunjuk ke. Tak pun. Saya suka share. And kekadang saya suka baca balik apa yang saya pernah tulis. Acah-acah throwback untuk diri sendiri.
For this entry, saya nak cerita pengalaman saya dan suami berbulan madu. Actually, sy pun da tak ingat in details pasal perjalanan kami. So, sy share mana yang saya ingt je la ek. Saya nak share pasal majlis kahwin, tapi sebab kami belum dapat official gambar dari photographer, nanti saya share ye.
Untuk honeymoon pertama kami, saya ajak suami ke KRABI. Why Krabi? Cuz saya pernah ke sana, dan saya nak bawak suami tengok keindahan Krabi. Untuk travelog sy yang lepas ke Krabi,
read this entry -- Travelog: Krabi & Hatyai
read this entry -- Travelog: Krabi & Hatyai
10 Okt 17 (Selasa)
Tiket flight kami jam 7.30am. Kami bertolak dari rumah seawal 3.30am. 2 3 hari sebelum perjalanan, kami study macam mana nak sampai ke airport. Which terdapat beberapa options:
1) Minta tolong mak hantar terus ke airport. Mak bawa balik kereta. And kami naik KLIA Express time balik nanti.
Cost Pergi:
>Minyak (RM30.00)
>Tol (RM11.00) melalui MEX Highway -pergi balik sebab mak bawa kereta.
Cost Balik:
>KLIA Ekspress dari KLIA - KL Sentral (RM55 x 2 orang = RM110)
>LRT dari KL Sentral - Ampang (RM4.00 x 2 orang = RM8.00)
atau
>menaiki UBER/GRAB dalam anggaran RM80-RM100 dari KLIA ke Ampang.
Total Cost = RM140 hingga RM170
2) Minta tolong kawan suami hantar dan ambil dari Airport
Cost Pergi & Balik
>RM80 x 2 = RM160
Total Cost = RM160
3) Parking kereta dekat Park & Ride Putrajaya, ambil KLIA Transit.
Cost Pergi
>Minyak (RM15)
>Tol (RM5.50)
>KLIA Transit (RM9.40 x 2 orang = RM18.80)
untuk kadar tambang KLIA Transit, sila refer pada link ni --> KLIA Transit Fare
Parking
>RM6 X 4hari = RM24
untuk kadar parking Park & Ride Putrajaya, sila refer pada link ni -- > Park & Ride Putrajaya
Cost Balik
>Minyak (RM15)
>Tol (RM5.50)
>KLIA Transit (RM9.40 x 2 orang = RM18.80)
Total Cost = RM102.60
So we opt option yang ketiga, which is more convenient to us compare to other options. Lagi-lagi kalau beli barang banyak. Bawak kereta sendiri lagi senang nak mengangkut. Kami sampai KLIA around 6am. Check in and then solat subuh. Kami ada masa setengah jam untuk berehat-rehat sblm depart. Tak de lah rushing sangat.
6.00am @ KLIA Transit, Putrajaya |
Perjalanan kami ke Krabi hampir satu jam. Kami smpai sangat la awal. Rase nye org Krabi pn belum bangun lagi. Oleh kerana kami amek pakej honeymoon from travel agent, jadi pengangkutan kami dr airport ke hotel semua nya telah diuruskan. Bila kira2 balik, kami mungkin dapat jimat sikit sekiranya kami pergi tanpa travel agent, tp disebabkan kami nak mudah, n nak merasa honeymoon pakej, so why not skali skala amek pakej kan? Wink Wink :)
Overall, kami stay dkt sane for 4d3n. Tentatif kami adalah seperti berikut:
Day 1
- Berjalan-jalan sekitar pekan Krabi. Sighseeing and santai2 tepi pantai.
- Window shopping
- Kayaking!
Makanan halal dekat Krabi ni senang nak carik. Masjid pun ade hokay. Cume, kalau nak makan dekat restoran, kena check dlu either halal ke x. Bcuz, McD kt situ pun tak halal taw. So, x boleh jgak masuk sebarangan. Megi pn kena tgk jgk tanda halal. Takut tersilap amek perisa pork (babi). Muntah!
Sarapan kami. Gile sedap. |
Husband and pancake |
Kami carik pakej sekitar pekan Krabi utk isi masa lapang petang nanti. Lps habis survey, at last kami pilih utk berkayak. 2 persons dalam 800 bath. Ni pun da habis nego. Kena pandai nego taw korang. Harga boleh dpt separuh dari harga yang diorg letak.
Tengok permandangan bukit. Subhanallah.. |
Bersila atas kayak. Lalu paya bukau. |
Sooooo nice! |
Kami dibawa berkayak dekat laut. Tapi x macam zaman dpa, laut ni sangatla tenang. Jangan risau ade white horse ke ape. Memang damai ye. Dari laut kami ke kawasan paya bakau. Yang ni mencabar. Kalau salah kayuh, boleh sangkut dekat akar. Nasib baik suami ada captain yang pandai berkayak macam sy (angkat-angkat idung). Permandangan kat sane, i can say, subhanallah. Cukup-cukup indah. Cuaca pun baik. Thanks husben cadangkan main kayak ni. Memang best.
Bila malam nya, kami cari makan dekat kedai-kedai area hotel. Harga mahal sikit, tapi still berpatutan la. Tak de la cekik darah sangat, Kedai ni quite famous, tp x ingt nama.
Muka da separuh burn |
Nasi Goreng Nenas & Nasi Goreng Tomyam |
Lepas makan, kami ronda-ronda kejap. Sempatla beli aiskrim kelapa. Nice. Bila kita pergi berjalan ni, setiap masa rasa berharga. Kalau boleh nak berjalan je. Sayang nak bazir masa while do nothing. Sampaikan, kami naik moto, dua2 terlelap atas moto. Bayangkan. Da penat tapi xreti nak balik. Maklumlah, pkl 3 pagi da bangun, pkl 11 baru boleh berehat.
Sampai hotel, mandi, solat, lepas tu dua-dua blackout.
Until next part. Day 2.
Daaaa....
Yg menulis,
Faz