Monday, July 2, 2018

Bulan Madu - Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hi Readers, 

Sambungan dari last entry: Bulan Madu - Part 1

Day 2

Pagi-pagi lagi kami menaiki motor mencari sarapan. Hotel bajet tempat kami stay ni tak de menyediakan sarapan/lunch/dinner. Dengan motor yang kami sewa, kami round-round pekan Ao Nang untuk cari breakfast yang sedap dan halal. 

Breakfast Day 2
Kedai ni bersebelahan dengan kedai yang kami breakfast hari pertama. Kami repeat order pulut dengan ayam goreng kruk kruk. Makan panas-panas pagi pagi masa tengah sejuk. uuuuu~~ Kena rasa sendiri you. Kedai yang jual pulut ayam goreng ni kedai motosikal yang buka tepi jalan je. 


Bahan-Bahan untuk membuat somtam leleh.

Hari kedua kami breakfast kami kena dalam RM18 @ +-160bath. Kira mahal la kot. Tapi berbaloi la dengan rasa nya. Lepas kami breakfast, kami bersiar-siar menggunakan motor ke sekitar pekan Ao Nang. Pagi2 tak banyak kedai yang buka. Dan tak ramai juga orang yang berada di sekitar pekan Ao Nang ni. Mungkin sebab malamnya, ramai yang tidur lewat untuk menikmati kemeriahan pekan Ao Nang ni, maka di pagi hari, masing-masing bangun lambat. Hu Hu. 

Tepat jam 11.30 pagi, van Ao Nang Hotel jemput kami di J Hotel. Bagus servis nya. On time betul. Pemandu Ao Nang Hotel ni tak pandai berbahasa English, jadi agak sukar untuk berkomunikasi. Kami tiba di lobi Ao Nang hotel untuk pendaftaran, kami dihidangkan dengan welcoming drink yang sangat sedap. Katanya air dari bunga orked. Tapi memang manis habaq hang. Dan servis di lobi pastinya tip top. Sebabkan semua ni termasuk dalam pakej, jadi kami menerima layanan honeymoon. Yippiee..



Kami terpaksa berjalan-jalan dan lunch sementara menunggu bilik kami siap. We choose bihun goreng tomyam tepi jalan je and lepak tepi pantai. Kos sekitar 50bath = RM6. Eh gambar lupa plk nak amek. Lapa sangat. Bila dah kenyang, kami berjalan pulang ke hotel dan check in. Here we go...

Happy Honeymoon 

Bunga-bunga cinta

Mineral water

Petangnya, seusai solat, kami ke program yang pertama. Spa spa spaaa~

Katil berurut. 

Sesi spa ni dalam 90 minit. Salin baju dan berkemban dengan kain sarung yang disediakan. Lepas tu kita akan diletakkan dalam bilik sauna berdua dengan suami kita dalam 15 minit. Keluar la segala peluh jantan dan bau busuk. Lencun kain batik kaw. Then, dia akan suruh kita berendam dalam tub yang diletak kan dengan wangian untuk 15 minit lagi. da siap berendam, korang akan masuk air panas pula untuk 20 minit. Best nye air dia. Terasa segar betul badan. Hilang penat lelah kerja dan kenduri hari tu. Last sekali, baru laa diurut satu badan dengan minyak aromaterapi. Masa yang sangat sesuai untuk merehatkan mata. Makcik yang urut tu pulak sedap-sedap je picitnya. Tak kuat n tak perlahan. 

Refresher lepas spa

Lepas spa, kami berendam kejap dalam swimming pool sebelum dinner malam ni. Mulanya plan nak beli souvenir, tapi sebab kesuntukan masa, kami habiskan masa berdua di dalam kolam renang. Jadi dugong kejap. 

Our dinner
Makan berdua tapi makanan untuk berlima. Bayangkan, dengan menu yang sedap, mmg licin laa kami makan. Suami pn off diet. Gila diet kalau makanan sedap-sedap depan mata. Oleh sebab kami amek pakej, jadi tak ramai orang yang dinner sekali dekat restoran ni. Sangat lah privasi uolz. Ya Allah, sedap nyaaaa... All perfect together. 

Happy face depan makanan

Pencuci Mulut. Manisan Pisang

We end our second day with happy tommy. Maigod, tidur kekenyangan kedua-duanya. Berbaloi sangat amik pakej honeymoon ni. If nak jimat and buat style backpackers, mungkin kita tak akan rasa momen momen sebegini. Once in a while kita spend untuk honeymoon apa salahnya kan. 

Until next post, Bulan Madu - Part 3. 

Thanks for reading guys. 
Faz.



Monday, February 26, 2018

Bulan Madu - Part 1

Assalamualaikum..
Hi Readers.

Lepas kenduri kahwin, terus hidup saya bertukar sepenuhnya. Kerja di pejabat tak pernah susut. Lepas balik bercuti, berbakul-bakul kerja kena kejar. Sebenarnya, waktu saya bercuti pun, hidup akak tidak pernah sunyi dengan kerja. Balik rumah, saya dah ade komitmen lain. Nak tengok blog memang tak pernah punya masa. Akak sangat rindu debabitugajah. Sob!

Actually, saya memang suka menulis. Dari zaman belajar punya diari. Lepas tu bersepah dalam almari buku-buku tersebut. Bezanya, kalau salah tulis dalam diari, susah nak padam. So iolz menulis dalam blog. Syok. Boleh masukkan gambar lagi gitu. Tak payah bersepah dah dalam almari. At last, mak akak bakar je semua buku-buku lama. Termasuk diari akak. Sekarang, sis happy, sebab mak tak boleh bakar blog sis ni plk. Muahahaha!

So, apa yang sy sharing kt sini, just for fulfill my passionate towards writing. And sharing with my readers and blog-walkers. Informative and non-informative. Bukan lah saya nak berlagak ke, menunjuk-nunjuk ke. Tak pun. Saya suka share. And kekadang saya suka baca balik apa yang saya pernah tulis. Acah-acah throwback untuk diri sendiri. 

For this entry, saya nak cerita pengalaman saya dan suami berbulan madu. Actually, sy pun da tak ingat in details pasal perjalanan kami. So, sy share mana yang saya ingt je la ek. Saya nak share pasal majlis kahwin, tapi sebab kami belum dapat official gambar dari photographer, nanti saya share ye. 

Untuk honeymoon pertama kami, saya ajak suami ke KRABI. Why Krabi? Cuz saya pernah ke sana, dan saya nak bawak suami tengok keindahan Krabi. Untuk travelog sy yang lepas ke Krabi,
 read this entry --  Travelog: Krabi & Hatyai


10 Okt 17 (Selasa)

Tiket flight kami jam 7.30am. Kami bertolak dari rumah seawal 3.30am. 2 3 hari sebelum perjalanan, kami study macam mana nak sampai ke airport. Which terdapat beberapa options:

1) Minta tolong mak hantar terus ke airport. Mak bawa balik kereta. And kami naik KLIA Express time balik nanti. 
Cost Pergi: 
>Minyak (RM30.00)
>Tol (RM11.00) melalui MEX Highway -pergi balik sebab mak bawa kereta. 

Cost Balik: 
>KLIA Ekspress dari KLIA - KL Sentral (RM55 x 2 orang = RM110)
>LRT dari KL Sentral - Ampang (RM4.00 x 2 orang = RM8.00) 
atau 
>menaiki UBER/GRAB dalam anggaran RM80-RM100 dari KLIA ke Ampang.

Total Cost = RM140 hingga RM170 


2) Minta tolong kawan suami hantar dan ambil dari Airport
Cost Pergi & Balik
>RM80 x 2 = RM160

Total Cost = RM160

3) Parking kereta dekat Park & Ride Putrajaya, ambil KLIA Transit.
Cost Pergi
>Minyak (RM15)
>Tol (RM5.50)
>KLIA Transit (RM9.40 x 2 orang = RM18.80)
untuk kadar tambang KLIA Transit, sila refer pada link ni --> KLIA Transit Fare

Parking
>RM6 X 4hari = RM24 
untuk kadar parking Park & Ride Putrajaya, sila refer pada link ni -- > Park & Ride Putrajaya

Cost Balik
>Minyak (RM15)
>Tol (RM5.50)
>KLIA Transit (RM9.40 x 2 orang = RM18.80)

Total Cost = RM102.60 

So we opt option yang ketiga, which is more convenient to us compare to other options. Lagi-lagi kalau beli barang banyak. Bawak kereta sendiri lagi senang nak mengangkut. Kami sampai KLIA around 6am. Check in and then solat subuh. Kami ada masa setengah jam untuk berehat-rehat sblm depart. Tak de lah rushing sangat.

6.00am @ KLIA Transit, Putrajaya

Perjalanan kami ke Krabi hampir satu jam. Kami smpai sangat la awal. Rase nye org Krabi pn belum bangun lagi. Oleh kerana kami amek pakej honeymoon from travel agent, jadi pengangkutan kami dr airport ke hotel semua nya telah diuruskan. Bila kira2 balik, kami mungkin dapat jimat sikit sekiranya kami pergi tanpa travel agent, tp disebabkan kami nak mudah, n nak merasa honeymoon pakej, so why not skali skala amek pakej kan? Wink Wink :)

Overall, kami stay dkt sane for 4d3n. Tentatif kami adalah seperti berikut:

Day 1
  • Berjalan-jalan sekitar pekan Krabi. Sighseeing and santai2 tepi pantai.
  • Window shopping 
  • Kayaking!
Sampai je, kami terus letak beg dkt hotel bcuz tak boleh check in lagi. Actually, our package is only cover 3d1n, tapi kami dtg awl sehari and book hotel bajet dlu, utk spend masa together and berjalan2. Sebab bangun awl, kami tak sempat breakfast lagi. Kami sewa moto dengan harga 300 bath utk sehari utk berjalan sekitar Krabi. Kami sewa dengan hotel. So, senang. Kalau jadi apa2, cari je orang hotel tu balik. Risau jugak kalau nak sewa dgn kedai2 tepi jalan. Da la kena tinggal passport. Dijual nya passport tu, tak pasal-pasal tak boleh balik m'sia. Nanges!

Makanan halal dekat Krabi ni senang nak carik. Masjid pun ade hokay. Cume, kalau nak makan dekat restoran, kena check dlu either halal ke x. Bcuz, McD kt situ pun tak halal taw. So, x boleh jgak masuk sebarangan. Megi pn kena tgk jgk tanda halal. Takut tersilap amek perisa pork (babi). Muntah!

Sarapan kami. Gile sedap. 
Oleh kerana kami sewa moto, jadi senang kami nak berjalan2 carik makanan sekitar pekan Krabi. Actually, klo betol-betol dekat pekan, susah sikit nak carik makanan halal. Kalau ade, harga mahal. So, kami menyelusuri jalan2 di Krabi and jumpa satu kedai yang ramai orang bertudung makan. Nampak x, kitorg ni mana la faham tulisan Thai. Nampak orang ramai2 makan, bertudung, kira halal la kan. And, diorang ni akan letak tanda halal pada signboard kedai. Jadi, senang nak carik. Kalau da makan makanan kt sini, memang mulut ekau asik sebut, sedap, sedap dan sedap. Siyes sedap. Ditambah dengan perut lapar, dapat makanan sesedap ni, mmg mintak repeat la kan. Sprti dlm gambar, kitorg order pulut dengan ayam goreng, dan laksa. Leleh air liur ni menaip. Siyes sedap and tak pernah jumpe dekat malaysia rasa makanan mcm ni. Kena pergi sana n cuba. Kitorang makan ni dalam 180bath.

Husband and pancake 
.Second thing yang korg kena cuba is pancake kat sana. Sebenarnya, pancake ni macam roti canai kita. Beza nya, diorang letak coklat, pisang, nutella, kacang etc etc. Rasa rangup. Tapi korang kena pandai carik kedai. Ada yang jual 80bath, 60 bath. Tapi sy jumpa kedai yang jual 40bath utk pancake nutella. Harga pelbagai, tapi feveret nutella la kan. 

Kami carik pakej sekitar pekan Krabi utk isi masa lapang petang nanti. Lps habis survey, at last kami pilih utk berkayak. 2 persons dalam 800 bath. Ni pun da habis nego. Kena pandai nego taw korang. Harga boleh dpt separuh dari harga yang diorg letak. 

Tengok permandangan bukit. Subhanallah.. 

Bersila atas kayak. Lalu paya bukau. 

Sooooo nice! 
Kami dibawa berkayak dekat laut. Tapi x macam zaman dpa, laut ni sangatla tenang. Jangan risau ade white horse ke ape. Memang damai ye. Dari laut kami ke kawasan paya bakau. Yang ni mencabar. Kalau salah kayuh, boleh sangkut dekat akar. Nasib baik suami ada captain yang pandai berkayak macam sy (angkat-angkat idung). Permandangan kat sane, i can say, subhanallah. Cukup-cukup indah. Cuaca pun baik. Thanks husben cadangkan main kayak ni. Memang best. 

Bila malam nya, kami cari makan dekat kedai-kedai area hotel. Harga mahal sikit, tapi still berpatutan la. Tak de la cekik darah sangat, Kedai ni quite famous, tp x ingt nama. 

Muka da separuh burn 
Nasi Goreng Nenas & Nasi Goreng Tomyam



Lepas makan, kami ronda-ronda kejap. Sempatla beli aiskrim kelapa. Nice. Bila kita pergi berjalan ni, setiap masa rasa berharga. Kalau boleh nak berjalan je. Sayang nak bazir masa while do nothing. Sampaikan, kami naik moto, dua2 terlelap atas moto. Bayangkan. Da penat tapi xreti nak balik. Maklumlah, pkl 3 pagi da bangun, pkl 11 baru boleh berehat.

Sampai hotel, mandi, solat, lepas tu dua-dua blackout.

Until next part. Day 2.

Daaaa....

Yg menulis,
Faz



Wednesday, August 30, 2017

Faz Big's Day: Part 3

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Hi readers. 

Tengah menghitung hari untuk ke hari tersebut. Perasaan? Bercampur baur. Tapi, semakin dekat, semakin stress. Macam-macam nak kena pikir, dan macam-macam tak setel lagi. Termasuklah, ade last minit changes, tibe-tibe itu tak cukup, ini nak tambah, itu tak jemput lagi, yang ini tak beli lagi, dan sebagainya. 

Lagi2 terbaca kisah ditipu wedding planner. Zurin Jundi Wedding Planner if im not mistaken. Lagi la perasaan bercampur baur. Kena fikir positif banyak2. Yang penting, doa banyak2, semoga majlis berjalan lancar. Doakan ya readers. Aminnn.. 

Actually, almost same thing happened to me. Akan saya ceritakan selepas majlis selesai. Sekarang tak sempat nak fikir dulu. I've planned everything around one year ago. Book dewan, dapatkan tarikh, da ade tarikh, tempah kad, beli kain, tempah baju, cari catering, food testing, etc etc.
Tapi, cabaran bukan di awal persiapan, tp di penghujung menghampiri tarikh. For me, cabaran terbesar adalah untuk manage my budget. Really. Sekiranya b2b x cuba fahamkan orang sekeliling, what do you want, and what your plan, confirm budget lari. Nak faham kan orang sekeliling bukan senang. Tuh lagi satu cabaran. Campur tangan pihak, dan pihak-pihak, jadi, anda perlu mempunyai tahap toleransi yang tinggi disamping takat kesabaran yang jitu, gitu. muahahahahaha.

I try my level best untuk tidak membuat sebarang pinjaman bank atau pinjaman tidak rasmi dari mana-mana pihak. Huhuhu. Bukan senang nak control nafsu berbelanja ni. Pernah jugak terbabas sana sini sikit. Tapi cepatlah tampar diri. Try control perbelanjaan. I always remind myself, majlis ni hanya sehari, for what untuk saya membazir. Yang penting kehidupan lepas kahwin. Tak kan saya nak berhutang berpuluh ribu, terikat dngan bayaran bulanan bertahun-tahun, hanya untuk majlis sehari? Berbaloi x? Apa impak in short and long term? Baik saya beli kereta, boleh pakai bertahun2, dari saya habis beribu untuk sehari. Menyesal kemudian tidak berguna. Cukuplah bersederhana. Yang penting tetamu cukup makan, dan majlis berjalan lancar. 

Sebenarnya, hati tak tenang. Mohon doakan segala persiapan berjalan lancar dan majlis sempurna apa adanya. 

Amiiinn... 

p/s: Pada sesapa yang mengenali diri, jemputlah datang ya. Thank you

Yang benar, 
Faz


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...