Monday, January 23, 2017

Alhamdulillah..Part II

Salam and hi readers..

Dulu-dulu, bile tanya kat mak, bile boleh kahwin, mak mesti cakap, "beli kete dulu, beli rumah dulu". Waaaaa macam harga singgit je kan kete dengan rumah tuh. Lagi-lagi sekarang ni, harga rumah mampu milik pun hanya mampu tengok je. Kirenye, nak dapat greenlight dari mak untuk kahwin ni ibarat mendaki gunung kinabalu. Segala jenis fakta dan logik serta hadis dan dalil yang digunakan untuk memberitahu sang ibu, "wahai ibu, sesungguhnya perkahwinan itu suatu yang dituntut oleh Allah dan akan membuka pintu rezeki buat pasangan yang berkahwin". Gitu... 

Bukan ape, mak takut kalau anak perempuan dia ni kahwin masa ekonomi tak stabil (bukan ekonomi Malaysia taw, ekonomi rumah tangga), nanti anak dia ni hidup susah. Memang betul pun, masalah kewangan antara punca kepada keretakan rumah tangga. Lagi-lagi menetap dan bekerja dkt KL, taraf hidup tinggi. Kalau dah ada anak nanti, lagi bertambah kos hidup. Lampin, susu, keperluan asas baby, hantar anak nursery etc etc. Kerisauan mak tuh mmg ada asasnya. Tapi wahai ibu, syarat ibu itu sukar sekali dong. Waduh!


Alhamdulillah, sekarang terbuka juga pintu hati si ibu lepas dipujuk oleh si anak. Yes Yes!! 😃
Tapi, benarlah kata orang, kata-kata ibu itu satu doa. Cuma nya, kita hanya perlu sabar. Banyak kan muhasabah diri, yakinkan diri akan semua yang Allah dah tetapkan ni ada hikmah. Alhamdulillah juga, berkat doa si ibu, si anak kini telah ditawarkan seunit rumah. I'm quite suprise because the process from online application until offered was really fast. Sangat-sangat tak disangka.

InshaAllah.

And my mom of course laa sangat-sangat happy when she knew about this. Dia mmg da lame suruh si anak beli rumah teres. Kebanyakkan rumah mampu milik dkt klang valley ni adlh apartment dan condo. Mengikut kata pemaju, this the only landed project around klang valley which has approved by the government. And when i'm selected among thousand applicant, it was like really surprising. Syukur, berkat doa si ibu dan kata-kata ibu yang menjadikan rezeki si anak untuk memiliki sebuah rumah. 

Sewaktu pemilihan unit. 

Last Saturday, me and my family went to Subang Jaya for unit election. Mak pulak excited because kawasan tu ada kemudahan kolam renang, gym, taman dan sebagainya. Macam-macam plak dia plan. And i know, she was really really happy. And im glad to see her happy...

Secara jujurnya, saya sendiri tak pernah terfikir untuk membeli sebuah rumah dalam usia begini. Because, now im focusing on my wedding preparation. Tapi, rezeki Allah datang tanpa di sangka. And i grab every opportunity given. And my dream untuk memiliki a landed house akhirnya dimakbulkan Allah. Alhamdulillahiala kulli hal... 

Readers, doa kan perjalanan proses seterusnya dipermudahkan ya. 

Thanks for reading. 

Yang benar, 
Faz




Thursday, January 12, 2017

Pengalaman Temuduga

Salam and hi Readers.



Cerita penghujung tahun 2016. Satu pengalaman baru, saya boleh kata kan. Buka minda dan buka mata saya untuk kenal dunia.

Dulu kan, saya rasa mcm orang yang jadi temuduga ni senang je keje dia. Orang masuk, dia tanya soalan. Tapi, bile saya duduk sendiri kerusi penemuduga ni, perasaan tu lain sangat. Tanggungjawab tu berbeza. Yes, sangat berbeza. Saya berhadapan dengan orang yang datang membawa beribu harapan. Macam-macam orang saya jumpa. Macam-macam cerita saya dengar.

Saya sedar, semua yang datang berjumpa dengan saya, meletakkan harapan yang tinggi untuk diterima. Dan bukan mudah untuk saya menilai setiap orang. Sbb saya tahu, stp org ada kelebihan dan kelemahan masing2. Yang dtg depan saya bukan calang2 orang, pengalaman banyak, pengetahuan mantap, serba serbi boleh buat, tapi sayang, bukan semua orang saya boleh pilih. Sampai penin kepala saya nak tengok satu-satu candidate yang ada. Saya tak boleh buat keputusan selepas candidate keluar pintu bilik temuduga. Banyak faktor saya perlu tgk dan ambil kira.

Dan anda yang datang temuduga, jangan ingat mudah bagi mereka untuk nilai anda. Lps temuduga, banyak lagi task untuk dia buat bagi justify kenapa dan kenapa dia pilih @ tidak pilih anda.


Saya tak nak cerita peribadi orang atau ragam candidate yang datang. Bagi saya, itu rahsia @ hak privasi mereka yang perlu saya jaga. Risau pulak kalau ada antara mereka yang terbaca tulisan saya ni, terasa dan kecil hati pula. 

Cuma, apa yang nak saya tekan kan, sewaktu temuduga, please jangan menipu. Saya jumpa yang tipu keputusan peperiksaan. Ni yang paling saya benci. Dalam sistem key in lain, tapi tgk transkrip lain. Org macam ni xperlu saya tanya banyak-banyak, saya memang buang awal-awal. Saya rasa, jujur adalah antara benda yang paling penting di alam pekerjaan nanti. Kalau awal-awal dan menipu, bila da masuk keje, agak-agak mcm mane? Saya pun ada share saham akhirat sebab saya yang pilih orang yg macam ni. 

Masuklah. Jangan malu-malu

Saya akan ceritakan asam garam saya hadiri temuduga baik dengan syarikat swasta mahupun kerajaan pada post yang akan datang. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang akan menghadapi temuduga nanti. Yang baik anda jadikan teladan, yang buruk anda jadikan sempadan. Bersedialah walau apa jua yang anda akan hadapi. Pada saya, saya manusia, penemuduga juga manusia, dan candidate juga manusia. Manusia ni berbeza-beza. Tiada yang fix. Tiada yang perfect. Kalau anda tanya saya tips temuduga, sebenarnya takde satu tips pun yang saya rasa boleh diguna pakai untuk semua situasi. Penemuduga berbeza, mungkin lain pula kriteria pemilihan dia. Tapi, satu tips yang saya rasa praktikal untuk semua temuduga, adalah berdoalah sebanyaknya pada Dia. Sebaik mana pun kita buat, hanya Dia yang menentukan. 

Sampai di sini dulu perkongsian saya. 

Thanks for reading and semoga anda terus berusaha dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Yang benar, 
Faz 💋

Sunday, December 25, 2016

Program Assessment Centre (PAC) - PTD Part II

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera. 

Hi readers. 

Sedikit update tentang PAC from the previous post. Jadual PAC 2017 telah pun keluar. Rata-rata penjadualan dalam bulan 1. 

Jadual PAC

On the 1st day, ada exam bertulis BM and English. Which dulu, sebelum exam online dilaksanakan, exam bertulis ni dibuat sekali dengan exam pengetahuan am dan mathematic. Basically, akan ada 2 soalan bagi setiap exam, dan calon diminta untuk menjawab satu soalan saje. Masa menjawab adalah selama 30 minit. 30 mins tuh sebenarnye sngt lah sekejap. Plan your writing properly. 

First 3 minutes - Read and understand both questions properly. Choose which one you have idea the most. 
Next 3 minutes - Draft peta minda which consist pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3 and penutup.
Next 20 minutes - Hurai esei sebaiknya mengikut draft.
   Pendahuluan - Brief idea on the essay. Definition or maybe short but interesting intro for your topic. 
   Isi - First para is your main sentence, next para is your elaboration. And last para is your example. 
  Penutup - wrap up your topic. you can include your suggestion or penambahbaikan if any (related to your topic). 
Last 4 minutes - Read back your essay, check your grammar, and perkemaskan lagi sekiranya perlu. 

Time management sangat perlu. Be precise on your writing. Jangan melalut. Biar ada isi yang ingin disampaikan. Make it relevant. Jangan termenung lama sngt fikir idea. Selain menguji your writing skill, test ni jugak nak uji how far and how fast u can throw your idea in 30 minutes. 

oh ye, sedikit makluman. sebelum ni juga, exam bertulis ni pernah diadakan pada hari yang sama ketika interview session. tp utk thn 2017, telah diubah dan dimasukkan ketika PAC session. 

Utk psychology test nampaknya tidak dimasukkan di dalam jadual tahun ni. mungkin dihapuskan terus or mgkin diadakan sebelum interview session. 

Rancang perjalanan sebaiknya bagi yg dapat PAC di tmpt yang agak jauh. Make sure brg2 kelengkapan disediakan sebaiknya. Berada awal untuk pendaftaran. Dapatkan rehat yang cukup sehari sblm PAC. Oleh kerana jadual yg agak padat, so please be prepared. Lps UKJK, ada exam bertulis, so pastikan ckp tdo. If badan penat, ötak pun penat, mgkn akan mengganggu konsentrasi anda utk menulis. 

Last but not least, jgn stress ok. Amalkan petua ni, perhebatkan usaha - perbanyakkan doa - dan tawakal sepenuh hati. InshaAllah..

Good luck guys. 

Penulis, 
faz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...