so, emel trsbut berbunyi begini (klo rjen, bace laa smpi abeh ye)
--------------------------------------------------------
Tuan,
Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan syarikat yang tersenarai dalam memberi perkhidmatan diskaun kepada pemegang kad diskaun ini. Saya merupakan pemegang kad diskaun siswa 1 Malaysia ini. Sepanjang pemerhatian dan pengalaman saya, setiap premis yang terlibat, menawarkan diskaun berbeza-beza. Contohnya, sesetengah KFC menawarkan diskaun 5% kepada setiap jenis makanan yang dijual pada sebarang harga, namun ada sesetengah KFC hanya menawarkan diskaun terhadap pembelian bernilai RM20 kebawah sahaja. Bukan itu sahaja, malah kedai BATA juga hanya menawarkan diskaun pada kasut-kasut terpilih, bukan pada semua kasut. Lebih mengecewakan, BATA ------ masih tidak mengambil bahagian dalam pemberian diskaun ini.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan, agar pihak tuan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua premis yang mengambil bahagian, agar mereka dimaklumkan akan penggunaan kad diskaun ini. Selain itu juga, saya berharap, pihak tuan memaklumkan dengan terperinci akan penggunaan kad diskaun ini di laman sesawang tuan, seperti diskaun yang diterima pada setiap premis, tarikh sebenar penggunaan kad diskaun ini di seluruh premis di Malaysia dan lain-lain. Hal ini bagi mengelakkan penipuan premis-premis yang mengambil bahagian dan tidak berniat untuk mempromosikan premis mereka tanpa memberi diskaun seperti yang dijanjikan.
Saya berharap, pihak tuan mengambil tindakan susulan mengenai aduan yang dibuat ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.
----------------------------------------------------------
Dan ini emel yg direply oleh pihak kpdnkk..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada persolan tuan/puan.
2. Terima kasih diucapkan bagi soalan-soalan dan cadangan yang diajukan kepada pihak kami. Pihak kami akan sentiasa menambahbaik inisiatif ini bagi memberikan kebaikan dan manfaat kepada para pelajar IPT seluruh negara.
3. Untuk makluman tuan, tawaran sebenar yang diberikan oleh pihak KFC adalah diskaun sebanyak 5% dengan pembelian maksimum RM20.00 sahaja.Bagi syarikat Bata, pemberian diskaun belum dikuatkuasakan lagi oleh syarikat berkenaan. Senarai syarikat, terma dan syarat yang dikenakan oleh syarikat adalah berbeza-beza. Para pelajar juga dinasihatkan untuk membuat semakan berhubung maklumat-maklumat berkenaan sebelum membuat sebarang pembelian. Maklumat-maklumat berkenaan boleh didapati dari laman web yang telah disediakan iaitu www.1pengguna.com.
4. Pihak kami menyambut baik cadangan tuan yang begitu berguna bagi membolehkan kami menambahbaik inisiatif ini.
Sekian, terima kasih
----------------------------------------------------------
So far, aku brpuas ati dengn jwpn yg diterima, terima kasih kpd kpdnkk sbb sudi layan aduan aku..ni yg aku suke, bg aduan tghri, ptg diorg da reply..good3,,
aku bkn suke sngt wat aduan ni, tp sstgh prkara, perlu diadukan utk penambaikan di masa hadapan, x gitu? so, para pembaca, kte sbgi pengguna perlulah menggunakan hak pengguna sbaik2 nya..
itu saja lah yang nak diceritakan setakat ini. diharapkan ia dpt mmberi sdkit infomasi buat pengguna2 kad diskaun siswa 1 malaysia..
salam 1 Malaysia!
penulis,
wahahahha..bgOsssnye kak ella..kak ella mmg suka kalu bab2 wat aduan ni..tringat cte wat aduan yg pOsmen tu..sentap pOsmen tu..hhahaa
ReplyDeleteyup2..bab2 aduan ni, mmg kak ella suke..mempertahankan hak pengguna gitu..hahaha
Deletebagosnye fazzz!! =)
ReplyDeletenurul pn bley cube ;P hahaha
Delete