Friday, September 23, 2016

Faz's Big Day: Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.

First and foremost, syukur ke hadrat Illahi, atas segala rahmat, dan ujian sebagai tanda kasih yang tidak pernah putus pada hambaNya ini.

InshaAllah, perjalanan menuju ke fasa seterusnya ini saya kongsikan bersama dengan pembaca. Bukan untuk menunjuk2, menghebahkan preparation yang tidak seberapa ini, tp perkongsian dan mungkin sedikit panduan pada mereka yang sama2 ingin melangkah ke alam perkahwinan kelak. 

Secara tidak langsung juga, saya mohon doa para pembaca agar perjalanan dan urusan ke arah gerbang perkahwinan ini dipermudahkan dan dalam redha Illahi. 

Saya dan si dia plan untuk tidak bertunang. wlaupun sunnah untuk brtunang dan berkenal-kenalan, tp menghormati permintaan keluarga pihak perempuan, kami decide utk terus menikah. Maka, sy name kan beliau "Encik Risik" memandangkan ketika ini kami hanya berada di fasa merisik. >.<

Tempahan Venue

Perkongsian ini mungkin lebih berguna kepada mereka yang akan melangsungkan majlis di kawasan Kuala Lumpur/lembah klang dan venue di dewan. Both of us sbnr nya dah pilih satu tarikh untuk melangsungkan majlis, tp knowing KL, dewan mstilah ditempah setahun sblm trkh berkenaan. I guess, itu trikh plg awl utk book dwn, meaning, at least one year before. So, lpas da tgk kalendar nxt year, kami plh bulan yang sesuai, dan call dewan yang dah dipilih. 

Bagi saya yang tinggal di kawasan KL, buat dekat kawasan rumah bukan lah pilihan yang baik. Dengan kawasan parking yang terhad, dan tempat untuk meletakkn khemah yang sangt-sangt limited, kami pilih buat dekat dewan yang lebih convenient. So bg mereka yang mmg mmpunyai kawasan sendiri untuk buat majlis khemah, mgkn step ni boleh diabaikan. Dan bagi mereka yang bakal mengadakan majlis di dewan di luar kawasan lembah klang, mgkn tempoh setahun berbeza mengikut permintaan di setiap kawasan. 

Actually, aku call sebulan awl dari tarikh tempoh setahun. Boleh google no telepon dewan sekitar KL. Before that, anda mesti tahu, dewan macam mane yang anda nk plh. Normally, bagi rakyat marhaen macam aku ni, selalunya buat dkt dewan DBKL je. 

Contoh Senarai dewan DBKL di website DBKL
Dewan DBKL pn ada bnyak jenis. Ada yang kecik, yang besar, yang beraircond dsbnya. Rate harga berbeza-beza. Ada juga institusi yang mempunyai dewan untuk disewa seperti RISDA, FELDA, Karangkraf dll. So, before book dewan, buat lah research dulu. Set kan kriteria mcm mane yang korang nak. And at the same time, google pakej perkahwinan sekali. Because sekarang ni ada pakej yang tersedia termasuk dengan dewan. So, pilih yang the best. Yang penting, set kan budget. 

Encik risik mmg bagi aku sepenuh kepercayaan nak crik dewan ni. Dengan kata lain, aku lah yang wat research sorg2, dia kata dia ok je memana. Grrrr! Adalah dalam 2 3 minggu jugak aku google dewan sane sni, collect phone number and at last, aku set kan these criteria untuk buat majlis:

  1. Keluasan yang selesa. Ada parking untuk tetamu. Dan muat untuk letak meja makan dalam 30 buah. Taknak ada meja yg kena letak luar dewan, sbb panas. 
  2. Dekat dengan kemudahan terutama homestay. Sebab aku akan sewa homestay utk saudara yang jauh. And senang diorg nak dtg ke dewan. 
  3. Ada kemudahan kipas. Ada aircond bonus. Xda xpe. Not a big issue.
Lepas ditapis, kami decide untuk pilih dewan ampang hilir, berdekatan dengan MRR2. Bonus dewan ni dalam taman, sebelah tasik,  ada taman permainan kanak2, and berhampiran dengan masjid untuk tetamu solat. 

Dewan Tasik Ampang Hilir

Tapi disebabkan aku call awl sebulan dari tmpoh setahun dr tarikh majlis kami, so tempahan belum dibuka. Kami perlu book, betul2 setahun dari bulan yang kami da decide. So, aku da remark dalam kalendar bku aku, on 1hb, aku kena call dewan ni. Boleh tgk contact dewan-dewan di KL pada Link di bawah:


Nak dijadikan cerita, dan perancangan Allah, pada 1hb bulan trsebut, aku ada meeting di awal pagi. Seusai meeting, dlm tghri, aku contact pengurusan dewan berkenaan. Sadly, tarikh yang aku nak book da penuh!!!!!! 
"Kak, dari pagi tadi orang dah beratur depan dewan nak book tarikh. Siap da bayar deposit. Ada dua tarikh je yang kosong bulan tu. Yang lain smua da fully booked."

Ok, da xnak pikir panjang, sebelum bulan tuh penuh, baik aku book je tarikh mane yang ada. Cantik ke x tarikh tu, letak tepi. Pujuk hati sendri, apa ada pada tarikh, yang penting, niat nak mendirikan masjid. Gitu! :P

So, bride to be (b2b) sekalian, yang merancang nak kahwin di dwn kl, anda mmg kena book awal setahun, tuh bukan plg awl ye, tuh plg lambat sbnrnya. Klo x, slot in je la kt mne2 tarikh yang kosong. 

Sedikit info, rate dewan ni dlm RM1000+ sehari. Tp encik risik da lupa brape exact amount untuk dewan ni. Bertuah betul. Deposit RM100. Dewan ni boleh book from 10am to 4pm. Utk segala hiasan dewan majlis, pengurusan dewan akan open dewan ni pada pkl 8-12am shri sblm trkh majlis. Utk set up pelamin, meja, hiasan dsbnya. Utk tempahan da bayar deposit, boleh walk in ke pejabat pengurusan dewan pada office hour, 9am - 4.30pm, weekday only.

Planner

Aku jenis yang agak old fashion lady gamaknya. So, everything mesti ada proper plan, kne ade tulis catit coret sane sni. Mula2 nak wujudkan satu buku, tp encik risik kunun2 suruh jadi lebih berteknologi. So kami gunalah excel. Excel je pun (=.=!) Save paper katenye. and senang nak edit.
So, dalam planner tuh kami catit kan:


  1. Tarikh-tarikh penting seperti bila HIV test perlu dibuat, bila perlu daftar kahwin dan sebagainya. List down to-do-list and catitkan dalam kalendar. 
  2. Budget. Sekecil2 item sehingga sebesar2 item kami catitkan dalam planner. 
  3. Comparison between caterer2 yang pernah kami survey.
Gantt Chart 
Calendar yg link dengan tarikh penting. En risik buat.

Luckily encik risik tolong update sikit2. Sebab aku bdak matematik, so ofkos fokus utama aku adalah part bajet. 
Planning on hantaran. 

Dan sebab aku x nak confuse and lost track pakej katering yang aku da survey, aku buat comparison dalam excel file ni jugak. 
Comparison of catering 

Maybe korang boleh buat lagi better. Lagi menarik dan ikut kreativiti masing-masing. Setiap minggu aku akan luangkan masa untuk update and tgk apa yang perlu dibuat. Atleast xde la lost track. Anything yang da setel, aku tick. Lagi2 part budget, aku kena pastikan aku berbelanja mengikut berapa bajet yang aku ade. Klo x, boleh burst bajet tuh. 

Oklah, ni je perkongsian setakat ni. 
Doakan ye persiapan majlis ini dipermudahkan. 
Moga bermanfaat. InshaAllah. 

B2B,
~Faz~






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...