Tuesday, May 9, 2017

Faz's Big Day: Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hi readers and friends. 

9th May 2017

I'm still counting my days. Sehingga ke tarikh itu, pasti urusan dan persiapan x akan habis. Stp minggu, ada je barang yg perlu dibeli, bende yang perlu dibuat. Almaklum lah, semua buat sendiri. Tak mampu nak pakai event planner 😝.

Dalam merancang, kami sepakat, walau apa pun plan kami, JANGAN MEMBAZIR. Saya bagitahu encik risik, memang kahwin hanya sekali seumur hidup, tapi itu bukan bermakna duit itu boleh dibazirkan. Cuba bayangkan, kami kumpul duit kahwin bertahun-tahun, tapi nak dihabiskan dalam masa sehari. Berbaloi ke? Biarlah majlis itu nanti sederhana tetapi penuh barakah. Majlis perkahwinan bukan sahaja untuk meraikan pasangan yang baru berkahwin, tapi dalam masa yang sama, niat untuk sedekah dan mengeratkan silaturrahim antara tetamu - saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga.


Nasib baik encik risik faham. Kami merancang secara besederhana. Ikut kemampuan. Dan JANGAN BERHUTANG. Para B2B dan adik-adik muda remaja yang mungkin terbaca post ni, saya nasihatkan mula lah menabung untuk perkahwinan anda. Since saya mula bekerja, saya allocate sedikit duit gaji ke dalam simpanan kahwin walaupun saya tak tahu bile sy akan berkahwin. HuHu. Alhamdulillah, hinggalah jodoh sy sampai, saya tak pening kepala nak fikir mana nak dapat duit. Dan saya fikir, saya yang nak kahwin, kenapa perlu susah kan mak ayah. Saya bukan dari keluarga yang senang. Jadi, saya plan dari awal.

Rakan-rakan sekalian, ingatlah. Jangan terlalu bazirkan wang anda semata-mata untuk adakan majlis "grand-grand". Sewa baju letop-letop2. Kek tingkat-tingkat-tingkat. Buat majlis di tempat mahal-mahal. Sewa pelamin beribu-ribu. Bukan tak boleh, kalau betul-betul berkemampuan, silakan. Tapi, jangan sehingga mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. Ingat! Selepas kahwin, banyak lagi perkara nak guna duit. Jangan sampai beban hutang kahwin merosakkan keharmonian rumah tangga. Hingga terjadi nya kes-kes "hutang kahwin belum habis bayar tapi dah bercerai-berai" atau "anak dah tiga orang, hutang kahwin belum habis bayar". Apa guna bermewah-mewah, tp kita yang merana di kemudian hari. Yang menanggung nya kita. Orang lain mampu pandang dan dengar sahaja!.


Oleh itu, saya sngt sangat berkira dalam berbelanja. Terlebih sikit mungkin boleh, tapi kalau dah lebih beribu-ribu, menyesal kemudian hari pun tak berguna. Memang betul, duit boleh dicari ganti, tapi jangan lah sampai membazir. Oleh kerana kami mempunyai masa lebih setahun sebelum tiba ke tarikh itu, saya dan encik risik telah memulakan persiapan awal.

Catering

Tinggal di KL tidak mengizinkan saya untuk mengadakan majlis secara rewang. Ramai yang telah bekerjaya, mempunyai komitmen kerja dan keluarga, serta tidak mempunyai masa untuk bergotong-royong, saya memilih katering untuk memudahkan semua pihak. Family saya dan encik risik decide, biarlah pelamin x meriah, tp makanan mesti tip top. Maksudnya, our top priority is untuk memastikan tetamu menikmati hidangan yang baik dan memuaskan. Oleh kerana kami punya banyak masa, kami buat survey hampir 3-4 bulan untuk pilih katering.

First - Kami ke Festival Kahwin di Midvalley, Wangsa Walk, Quill City Mall untuk survey harga dan pakej yang ditawarkan oleh setiap katering. Dekat sini, macam-macam pilihan dan pakej ada. Dan tawaran pakej swaktu festival berlangsung adalah lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan pada hari biasa. Tips saya, jangan pergi hari ahad. Pergilah Jumaat/Sabtu. Balik dan berbincang. Study dulu setiap pakej yang ada, dan datang semula pada hari Ahad. Kalau tidak, takut anda menyesal @ tersalah pilih.

Pengalaman saya dan encik risik. Lepas kami survey harga dan pakej, saya cakap dkt encik risik,
"Awak, kita nak tempah ni bukan sikit taw. Beribu ringgit. Why not kita pergi ke kedai katering tu dulu. Tengok-tengok kat situ. If okay, esok kita datang sini untuk tempah".
Then, we are rushing to the address stated on the pamplet given. Sampai je dekat alamat tuh, kami tak nampak langsung mana ofis katering tersebut. Yang kami nampak hanyalah kedai-kedai yang sunyi dan bertutup. Tak ada signboard. Saya pun tanya seorang lelaki yang berdiri dekat depan alamat kedai tadi, tapi sadly, mamat tuh pun blur-blur. So sy pandang encik risik, encik risik pandang saya. Masing-masing clueless. Saya tak cakap festival kahwin ni tipu ke ape, apa yang saya nak sampaikan, berhati-hati. Risau ada yang cuba ambil kesempatan. Jadi, sebelum buat keputusan, kena buat homework sikit. Apa guna murah, tapi at the end, makanan tak cukup, basi, x memuaskan etc etc.
Jadi, kami agak cerewet sikit untuk pilih katering. Pastikan sebelum pilih, anda buat food testing dulu. Yela, kita nak bagi orang makan. Harus extra careful. Wajib.

Selepas beberapa siri survey, food test, compare sane compare sini, saya pun decide untuk pilih SRI ANGSANA KATERING. Because:

1) Harga berpatutan
2) Lokasi dekat dengan kediaman. Senang untuk datang buat food test, buat payment, bincang lauk dan sebagainya.
3) Katering ni pernah ditempah oleh beberapa rakan yang lain. And saya sendiri pernah attend kenduri bersama Katering ni. Feedback ok.
4) Dipercayai.

Kawan-kawan boleh datang dan survey sendiri. Ini alamat katering tersebut:

Alamat: 14,16,18, Jalan Nirwana 37, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia

No tel: 03-9283 5715

Note: Setiap weekend ada food testing.


Macam mana nak bajet berapa pax kita nak tempah, ikut formula ni:

            Jumlah kad dikeluarkan X 3 orang = Jumlah Pax.

Kalau kita nak tempah untuk 1000 pax, pastikan kad yang dikeluarkan dalam 300-400 keping sahaja. Kalau lebih, risau tak cukup makanan. Biar berlebih, jangan berkurang. Kesian tetamu yang hadir. Bab makanan ni kena bagi perhatian lebih. Kalau risau tak cukup, standby lauk tambahan juga. Ala-ala back up la ni. Kena ambil berat juga jemputan melalui facebook/whatsapp etc etc. Ada kes kenduri baru pukul 1, lauk da habis. Tuan rumah terpaksa beli lauk dekat mamak. So, benda-benda macam ni sangat-sangat kena tengok.

Kalau saudara-saudari ada tips/nasihat untuk saya, bolehlah share-share ye. Diharapkan perkongsian ini bermakna untuk saya dan B2B.

Thanks. Jumpa pada next post.

B2B,
Faz 💙

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...