Thursday, January 12, 2017

Pengalaman Temuduga

Salam and hi Readers.



Cerita penghujung tahun 2016. Satu pengalaman baru, saya boleh kata kan. Buka minda dan buka mata saya untuk kenal dunia.

Dulu kan, saya rasa mcm orang yang jadi temuduga ni senang je keje dia. Orang masuk, dia tanya soalan. Tapi, bile saya duduk sendiri kerusi penemuduga ni, perasaan tu lain sangat. Tanggungjawab tu berbeza. Yes, sangat berbeza. Saya berhadapan dengan orang yang datang membawa beribu harapan. Macam-macam orang saya jumpa. Macam-macam cerita saya dengar.

Saya sedar, semua yang datang berjumpa dengan saya, meletakkan harapan yang tinggi untuk diterima. Dan bukan mudah untuk saya menilai setiap orang. Sbb saya tahu, stp org ada kelebihan dan kelemahan masing2. Yang dtg depan saya bukan calang2 orang, pengalaman banyak, pengetahuan mantap, serba serbi boleh buat, tapi sayang, bukan semua orang saya boleh pilih. Sampai penin kepala saya nak tengok satu-satu candidate yang ada. Saya tak boleh buat keputusan selepas candidate keluar pintu bilik temuduga. Banyak faktor saya perlu tgk dan ambil kira.

Dan anda yang datang temuduga, jangan ingat mudah bagi mereka untuk nilai anda. Lps temuduga, banyak lagi task untuk dia buat bagi justify kenapa dan kenapa dia pilih @ tidak pilih anda.


Saya tak nak cerita peribadi orang atau ragam candidate yang datang. Bagi saya, itu rahsia @ hak privasi mereka yang perlu saya jaga. Risau pulak kalau ada antara mereka yang terbaca tulisan saya ni, terasa dan kecil hati pula. 

Cuma, apa yang nak saya tekan kan, sewaktu temuduga, please jangan menipu. Saya jumpa yang tipu keputusan peperiksaan. Ni yang paling saya benci. Dalam sistem key in lain, tapi tgk transkrip lain. Org macam ni xperlu saya tanya banyak-banyak, saya memang buang awal-awal. Saya rasa, jujur adalah antara benda yang paling penting di alam pekerjaan nanti. Kalau awal-awal dan menipu, bila da masuk keje, agak-agak mcm mane? Saya pun ada share saham akhirat sebab saya yang pilih orang yg macam ni. 

Masuklah. Jangan malu-malu

Saya akan ceritakan asam garam saya hadiri temuduga baik dengan syarikat swasta mahupun kerajaan pada post yang akan datang. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang akan menghadapi temuduga nanti. Yang baik anda jadikan teladan, yang buruk anda jadikan sempadan. Bersedialah walau apa jua yang anda akan hadapi. Pada saya, saya manusia, penemuduga juga manusia, dan candidate juga manusia. Manusia ni berbeza-beza. Tiada yang fix. Tiada yang perfect. Kalau anda tanya saya tips temuduga, sebenarnya takde satu tips pun yang saya rasa boleh diguna pakai untuk semua situasi. Penemuduga berbeza, mungkin lain pula kriteria pemilihan dia. Tapi, satu tips yang saya rasa praktikal untuk semua temuduga, adalah berdoalah sebanyaknya pada Dia. Sebaik mana pun kita buat, hanya Dia yang menentukan. 

Sampai di sini dulu perkongsian saya. 

Thanks for reading and semoga anda terus berusaha dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Yang benar, 
Faz 💋

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...