Monday, April 3, 2017

TEMUDUGA PTD - Part II

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

Hi Readers. 

Maaf x dapat update on this post early. Kekangan masa dan kerja. Mungkin ada di antara calon yang telah pun menghadiri temuduga dalam tempoh masa terdekat ni. Apa yang saya coretkan disini, bukan sebagai guideline pada mana-mana sesi temuduga, namun more kepada sy nak sharing pengalaman saya sendiri dengan readers. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.

Seperti yang saya ceritakan pada post yang lepas, saya seperti tidak bersedia dan hampir putus asa untuk menghadiri mana-mana temuduga dengan kerajaan. First time tak de preparation. Kurang la sikit rasa berdebar tuh. Mungkin datang untuk memenuhi panggilan temuduga, dan juga harapan mak. Tapi... satu yang saya tetap jaga. Punctuality. Yes, knowing KL macam mana, saya keluar awal untuk pastikan saya berada di pusat temuduga tepat pada masanya. Walaupun tidak bersedia, tapi saya tidak mahu dilihat tidak berdisiplin pada pandangan sesiapa.

Alhamdulillah, bila saya sampai awal, ruang menunggu masih kosong. Dan sempat la juga saya minta tolong encik di kaunter pendaftaran untuk print resume saya yang tertinggal tuh! Terima kasih encik di kaunter, saya rasa encik baik sangat. Kalau orang lain, mungkin dah marah sebab tak bawa dokumen paling penting masa temuduga 😥. (Alhamdulillah, Allah Permudahkan). Dan encik ni pun melayan saya dengan baik, politely spoke and treat his customer nicely. Semoga yang baik juga diberi pada encik!

Selepas dapat nombor, saya adalah orang kedua untuk bilik temuduga tersebut. Selepas candidate pertama masuk, dalam 5-10 min menunggu, candidate tersebut keluar dengan senyuman. Tak sempat nak bersembang (or minta soalan bocor mungkin.. ~~~ 😜), nombor saya dipanggil. Tawakaltu'alallah. Capai fail and dokumen, then terus ketuk pintu temuduga. Senyum.

Ini bukan senyum. Ni sengih. 

Ada 2 penemuduga. Seorang pengerusi dan seorang ahli. Wajah pengerusi sangat familiar. Orang yang pernah menemuduga saya suatu ketika dulu. Mungkin satu advantage pada saya, sebab saya pernah ditemuduga oleh beliau, namun disadvantage juga sebab saya tahu, soalan beliau tak akan pernah sama kecuali, "Sila Perkenalkan diri anda". 😔😔😔

Saya banyak menceritakan tentang pengalaman bekerja bagi kerja semasa saya. Tugas dan tanggungjawab saya dan rutin saya seharian. Start from there, bertubi-tubi soalan berkaitan kerja saya diberikan. Soalan yang out of the box. Saya ingat jawapan je yang mesti diluar kotak. Ohmai!
Ini antara soalan dan jawapan kami sewaktu sesi temuduga tersebut. Mungkin bukan exactly, tp lebih kurang macam ni la.

P= Penemuduga
F= Saya

P: Awak kerja di entertainment company kan. Syarikat tu milik India. So, dia x bayar zakat. Kira gaji awak ni jatuh haram. 

I see he is very smart interviewer as he has ability to judge people in different way! Bagi orang lain, mungkin soalan ni nampak kasar, tapi pada saya, dia mungkin nak menguji - mental and emotional. And, well, i think i fail to control both! Muahahaha. I'm burning inside out okay!. Masa tuh kepala tak fikir dah anda sedang ditemuduga dan diuji ke apa. Yang saya tahu, adalah mempertahankan hak dan kebenaran. Ceh gitu!. Opkos laaa berapi dan berasap sikit bila kita penat bekerja, tiba-tiba ada orang buat statement gitu depan ekau. Tapi senyum tetap senyum. Idak lah saya lempar kusi meja buku fail dan sebagainya.

F = Tuan, India tidak diwajibkan bayar zakat. Saya xpasti sama ada syarikat saya ada bayar zakat perniaagaan atau tidak. Tapi yang saya pasti, pembayaran cukai memang ada. Dan, saya tidak bekerja directly dengan benda haram mcm arak, yang saya tahu 7 golongan yang terlibat dengan nya pasti berdosa. Yang saya tahu, saya buat kerja halal, dengan tulang empat kerat saya. Saya masuk sblm waktunya, dan saya balik memang slps waktu bekerja. As long as saya tak curik tulang, saya tak rasa saya buat kerja haram. (hati dah bergelora masa tuh - girl on fire!. gitu)


P = Syarikat awak ni banyak siarkan rancangan yang melalaikan anak muda. Merosakkan pemikiran anak muda. Apa tanggungjawab awak sebagai orang islam yang bekerja dalam tu, untuk ubah semua ni? Nanti dekat akhirat awak akan ditanya. 

Hamek ko! Soalan dia, terus ke hulu hati. Belum habis soalan dunia, dia terus masuk soalan akhirat. Penemuduga ni memang betul-betul tak suka syarikat aku ke ape ni kan? Muahahaha

F = Tuan, rancangan syarikat saya ni sebuah rancangan berbayar. Perlu dilanggan sebelum dapat ditonton. Tak semua orang boleh akses atau tonton sekiranya tidak dilanggan. Berbeza dengan TV1, TV2, TV3, TV9 yang boleh diakses oleh semua orang, segenap usia. Berapa banyak rancangan yang melalaikan disiarkan oleh pusat penyiaran ni? Mentor, ujibakat rtm dan sebagainya. Apa pula peranan tuan sebagai penjawat awam untuk ubah rancangan-rancangan melalaikan ni? Berapa banyak filem dan drama yang disiarkan pada waktu maghrib yang melekakan umat islam? Di akhirat nanti, tuan juga akan ditanya!. 

I admit, time ni menjawab adalah more kepada emotional compare to rational. Mungkin perempuan kot. Pantang dicucuk, terus melenting.

P = Tapi, awak boleh dekati orang atas awak tu. Waktu minum-minum kopi, pergi dekat dia, bagitau lah banyak siaran melalaikan ni. 

F = Sama macam tuan. Adakah semudah itu tuan boleh mendekati orang atasan tuan dan bagitahu rancangan dan hiburan di Malaysia banyak yang melalaikan?

Acah-acah reverse psikologi. Tak payah bagi contoh jauh, bagi contoh depan mata. Diri sendiri. Mgkin kalau bagi contoh orang lain, individu tersebut tak dapat rasa atau bayang situasi orang lain. Kita bagi situasi yang dia sendiri boleh rasa.

P = Tapi, gaji awak jelas daripada siaran-siaran yang melalaikan ni. So, haram lah kan?

Can somebody tell me how to response on this? Masa tuh tak taw laa apa dalam pale hotak saya. Spontaneous je mulut ni menjawab.

F = Tuan, pendapatan negara juga daripada kutipan cukai arak, pusat perjudian, Genting Highlands dan sebagainya. Pendapatan negara itulah antara sumber gaji pendapatan penjawat awam seperti tuan. Saya boleh katakan, gaji tuan juga haram!

Guys, soalan penemuduga ni tak salah. Tapi kita sendiri kena cool down, be rational apabila di provoke. Ni salah satu provokasi untuk uji, macam mana rasional nya kita menghadapi soalan-soalan tak terduga seperti ni. But, i lost to it. Lagi-lagi masuk jatuh hukum macam ni. Iolz can't brain the rational answer at that moment.
Saya tak condemn sesiapa. Tapi kita gunakan fakta. Logik dibalas dengan logik.

P = Oklah, bagi saya dalil untuk kita harus berintegriti dalam bekerja. 

Menangis lah dapat soalan ni. (T.T)

F = Saya tak tahu exact dalil yang tuan maksudkan, tapi saya berpegang pada ayat ini dalam bekerja. 
Maksudnya, tiada siapa yang akan mengubah nasib kita, kecuali diri kita sendiri. Bekerja bersungguh-sungguh untuk ubah nasib sendiri. 

Time ni kompiden la sikit kan baca ayat ni. Nasib baik ingat lagi. Mana tak ingat nya, dok ulang beratus kali masa darjah lima untuk pertandingan syarahan. Nampak lah tuan tuh angguk-angguk. Oklah tuh kan.

Ok, soalan last, ahli temuduga tu yang tanya,

P =  Kalau awak terpilih, awak nak masuk mana?

F = Saya nak masuk Jabatan Perangkaan. Sebab saya belajar Matematik. 

P = Kalau nak masuk Jabatan Perangkaan, tak perlu melalui SPA. Jabatan Perangkaan ada buat pelantikan sendiri. 

Dush! Itu padahnya kalau jawab tanpa ilmu. Sengih je la kan. Sebenarnya, waktu tu, saya sendiri tak tahu nak ke mana. Huhuhhu

Lepas ucap terima kasih, pengerusi cakap camni:

P = Terima kasih, lain kali boleh cuba lagi. 

Apa makna nya? Maknanya, dia nak bagi hint, ko tak lepas interview ni. Keluar dari situ, terus jumpa mak and Qayyum. Cerita pok pek pok pek pasal interview tadi, lepas tuh diam. Dalam banyak-banyak soalan tadi, yang terakhir tuh yang paling terkesan. "Lain kali boleh cuba lagi". Sedih wei sedih. Kaki tak melangkah keluar tapi da dapat hint tak berjaya temuduga. Ekau rasa?

Oh ye, masa keluar dari bilik temuduga, tengok-tengok kerusi dpn bilik menunggu dah penuh dengan orang. Bila tengok jam, rupanya da 30 minit dalam bilik tuh. Banyak lagi yang disoal, tapi ni saya da ringkas kan. Kalau nak taip satu-satu, satu novel plk gamak nya.

Lepas sebulan, saja-saja check result.


Terkebil-kebil baca. Ni berjaya yang mana punya ni? Berjaya untuk ditemuduga ke, untuk peperiksaan ke untuk apa ni? Tepok kawan meja sebelah, dia baca, dia pulak yang menjerit. Ehhhh Faz....Ko dapat lah!!!! Lampi nya ko, ko g tanya balik kawan tu, dapat apa?

Yes. Saya sendiri tak percaya saya berjaya dan lulus, selepas macam-macam dugaan dan pengalaman saya tempuhi. Mungkin anda juga seperti saya, dan pengalaman anda mungkin lebih hebat dari saya. Tapi, saya percaya, mungkin sudah tertulis rezeki saya di sini. Dan Alhamdulillah, resipi doa+usaha+tawakal tuh memang benar. Setiap dugaan ada hikmah. Mungkin Allah nak uji untuk melihat sejauh mana kesabaran kita atas ujian Dia. Dan, tak lain tak bukan, berkat Doa ibu untuk anak-anak dia. Gais, kalau bukan mak saya paksa, mungkin saya tidak disini. Doa ibu mustajab ye kawan-kawan. 

Setiap interview tak kan ada soalan yang sama. Jawapan anda menggambarkan siapa anda, dan personaliti anda. Satu tips saya, elak kan "emmmm", "aaaaaa" yang terlalu banyak. Praktis more depan cermin. Masa perkenalkan diri, biar nampak confident. Jangan terlalu meleret tapi short and sharp. Mungkin anda juga akan ditanya soalan-soalan provokasi seperti ini. Tapi, be calm. Mereka bukan nak downgrade kita atau apa, tapi more nak uji mental dan kesabaran. Kalau kurang sabar, ada yang perli temuduga tu balik, ada yang bangun hentak meja dan sebagainya. Kalau soalan interview pun kita tak boleh sabar, macam mana nak kerja kerajaan dan berhadapan dengan pelbagai soalan panas di luar sana? Fikirkan. 

So rakan-rakan, moga perjuangan anda juga bakal membuahkan hasil. 
Semoga cerita saya ini menjadi panduan untuk anda semua. Believe in whatever Allah has plan for you. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Percayalah. 

Yang benar, 
Faz.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...