Monday, March 6, 2017

Temuduga PTD

Assalamualaikum and hi reader, 

Keputusan PAC mungkin akan diumumkan tak lama lagi. And the final test will be the interview session. This session will determine either you are "cream among the cream".

Izinkan saya untuk kongsikan pengalaman tak seberapa ni. Perjalanan saya bukanlah mudah dan suka saya untuk kongsikan bersama anda diluar sana.

Sy pernah menghadiri 2 kali exam bertulis dan 2 kali interview utk jawatan PTD. Dan beberapa kali interview bersama SPA untuk jawatan selain PTD. Mungkin sy juga seperti anda, puas kaki ulang alik ke bilik temuduga SPA sampai satu tahap, saya hampir putus asa.

Bertahun saya mencuba. Asal kan ada saja temuduga, malam sebelumnya pasti tidur pukul 2-3 pagi. Mentelaah itu dan ini. Senarai menteri, isu-isu terkini, perbentangan bajet dan sebagainya. Jika esoknya periksa, saya tahu apa yang perlu dibaca. Topik 1 - 12 misalnya. Tapi andai esok temuduga, tiada satu skop pun yang boleh saya tumpukan. Isu nya luas, soalan nya pelbagai. Hanya pencarian melalui google saya jadikan panduan, berdasarkan pengalaman dan soalan lepas.



Kali pertama dipanggil temuduga, segalanya saya sedia. Peta minda, nota ringkas. Berulang kali saya baca. Risau terlupa. Melihat yang datang temuduga, semua segak belaka. Bersuit lengkap, kemas dan nampak bergaya. Kalau compare dengan saya, hmmm apa la yang ada. Tapi tak salah saya mencuba, sebab saya tahu, yang dalam bilik temuduga itu juga manusia. Sambil menunggu, keluar seorang lelaki berusia, seorang penemuduga, dan terus berkata. 

"Saya bagi soalan bocor. Saya akan tanya 3 soalan. Masuk dan terus jawab soalan saya."

Soalan 1: Perkenalkan diri. 
Soalan 2: Apa maksud integriti
Soalan 3: Kenapa nak jadi PTD?

Nampak macam mudah. Tapi sebenarnya susah. Macam mana kita nak dipilih sekiranya semua orang yang datang jawab lebih kurang. Macam mana kita nak nampak menonjol daripada candidate lain dengan soalan mudah seperti ini? Quite tricky kan? Soalan mudah adalah lebih susah daripada soalan susah sebenarnya. Unfortunately, bukan rezeki saya waktu ni. Dan saya sendri dapat rasakan, saya hanya menjawab soalan, tapi takde satu X factor pun dalam jawapan yang saya berikan.

Selepas beberapa siri temuduga bagi jawatan-jawatan lain, saya hampir putus asa. Dan saya akui, bukan mudah untuk terpilih di antara beribu malahan mungkin berpuluh ribu orang yang memohon di luar sana. Saya dengar cerita, bagaimana ada yang menggunakan "kabel" untuk dipilih. Marah? Entahlah. Kalau ada, saya kecewa. Tapi, ini hanya cerita atas cerita, mungkin ada mungkin tidak.

Sebelum saya ceritakan pengalaman temuduga saya yang kedua untuk jawatan ini, saya selitkan cerita tentang "kabel". Benda yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Dulu, saya teringin nak masuk asasi. Tapi takde rezeki. Saya masuk ke matrikulasi. Tapi masih berharap permohonan rayuan diluluskan. Selepas keputusan rayuan keluar, saya dan kawan sebilik, Melati (bukan nama sebenar), sama-sama check keputusan, dan kami sama-sama dapat keputusan.
"Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya dalam permohonan ini". Sedih, tapi saya cool down. Sebab apa cool down, sebab saya fikir, keluarga saya bukan orang berada. Yuran matrikulasi beribu ringgit dah dibayar. Untuk saya bertukar ke asasi, keluarga saya perlu mengeluarkan belanja baru untuk saya. So, saya teruskan jalan yang ada. Pujuk diri, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Namun, berbeza dengan Melati. Melati terlalu berharap untuk masuk ke asasi. Lalu Melati telefon ayahnya yang berada di luar negara yang ketika itu ada urusan kerja. Seharian Melati menangis. Petang tu, ayah Melati telefon, "Melati, pergi check result semula". Suprisingly,
"Tahniah, anda berjaya diterima bagi Program Asasi etc etc..".
Kuasa kabel. Sepetang cuma. Berlaku depan mata. Saya tak punya kabel besar, mungkin wayar halus pun belum tentu ada. Semua nya 100% pada usaha dan tulang empat kerat yang saya punya. Apa yang saya ingin perolehi, saya usaha sendiri.



Ada orang kata, guna kabel adalah salah satu bentuk usaha. Tapi pandangan saya berbeza. Jika anda rasa anda layak untuk tempat tersebut, biarlah anda dinilai sama seperti orang lain. Kenapa perlu guna kabel sekiranya anda benar-benar layak? Bagi saya juga, anda telah mengambil tempat orang lain yang selayaknya berada di situ. Bagaimana pula dengan rezeki anda hasil mengambil tempat orang lain tersebut? Di mana kerahmatan rezeki andai sahaja pada mula nya anda telah menganiayai orang lain yang telah berusaha keras, namun hanya semata tidak mempunyai so called "kabel", hak nya untuk menduduki tempat berkenaan dinafikan. Fikirkan lah, perjalanan kerjaya kita panjang. Andai mulanya tidak betul, anda rasa bagaimana tengah dan akhirnya?

Berbalik kepada pengalaman temuduga kali kedua. Selepas beberapa siri temuduga, akhirnya, kali ini saya seperti tawar hati. Sebab, sudah tentu result nya sama. Hajat tak mahu hadir temuduga, saya maklumkan pada mak. Tapi mak memujuk, "Pergi jela, mana taw ada rezeki".

Malam sebelum interview, tak seperti malam interview yang lain. Di mana saya bersengkang mata untuk mentelaah. Kali ini, saya tidur awal. Esok pagi, saya capai folder sijil dan surat panggilan temuduga. Sepanjang perjalanan, berbual kosong dengan mak. Tak seperti sebelumnya, sepanjang perjalanan saya akan menghafal dan membaca. Memang saya pergi hanya sekadar syarat. Sebab saya hampir putus asa.

Sewaktu pendaftaran, baru saya sedar, saya lupa untuk bawa salinan resume. Antara benda yang paling penting tapi saya lupa nak bawa. Nampak sangat xprepare. Luckily, saya ada bawa softcopy. Saya minta tolong pegawai di kaunter pendaftaran untuk printkan resume saya. Sebelum ni, saya print colour untuk, dan tampal gambar berukuran pasport yang sebenar. Tapi kali ni, segalanya hitam putih termasuklah gambar saya. Saya dah nampak tanda-tanda tak lulus disitu. Sejak awal lagi semua nya tidak seperti biasa.

Saya telah dimaklumkan nama pegawai penemuduga di dalam surat panggilan. Orang yang sama yang tanya pada saya, "apa dalil dalam Al-Quran yang menyatakan kewajipan untuk amanah dalam bekerja". Soalan speechless yang saya tak pernah duga. Pada temuduga lepas.
Ini juga salah satu sebab kenapa saya tak mahu hadir temuduga tersebut. Unexpected question. And many more which, hang baca lah apa pun, takkan satu tu pun yang dia akan tanya! Lebih kurang macam tuhlah.

Dan sewaktu melangkah ke bilik temuduga....

Bersambung....

(saya akan ceritakan soalan temuduga kedua saya dalam post seterunya ^^,)

Writer,
Faz 

12 comments:

  1. Allahu puan Faz, anda memberi kekuatan untuk saya menghadiri temuduga ptd akan datang ni. Walaupun masih belum terima email pemberitahuan tempat temuduga, saya dah separuh mati nervous dan bermula untuk study apa yang patut. Tuhan je yang tau betapa nervous nya saya sebab untuk saya sampai ke tahap ni, amatlah payah. Sudah 2 kali menduduki ujian ptd secara manual dan 3 kali secara online, untuk tahun ini baru saya berjaya fasa exam dan pac. Saya tanyakan pada abang ipar saya seorang senior ptd yang sudah pun gred 54 sekarang, andai ada tips yang boleh dikongsikan. Dia ketawa dan menjawab zaman ptd dulu dan sekarang lain, sekarang lagi hardcore. Cakap pasal kabel lagi seram, dia kata semuanya kena usaha sendiri, kalau berjaya, biar atas usaha sendiri. Takde tempat nak berkabel dalam sistem pengambilan ptd sekarang. Doakan saya supaya berjaya menjadi seperti puan. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lily.. Lily usaha sehabis baik ya. InshaAllah, usaha kita tu yang Allah nilai nanti. Percaya pada rezeki dan setiap yang Dia dah tentukan. Best of luck ya :)

      Delete
    2. Terima kasih ya puan..semoga saya berjaya mengikut jejak langkah puan. I need all the luck and pray in the world right now, sebab sangat rasa inferior pasal resume saya yang dah 4 tahun jadi surirumah dan pengalaman berkerja saya adalah 4 tahun lepas. Nak polish resume dah tak boleh dah, kena polish skill menjawab interview dan appearance lah. Tq again ya puan, sudi reply komen saya :).

      Delete
  2. salam,
    boleh kongsikan persediaan awal yang lebih terperinci untuk persiapan temuduga PTD 2017 dalam masa terdekat ini.
    segala perkongsian amat di hargai

    ReplyDelete
  3. pengalaman sy memohon PTD ni.6 kali saya gagal exam.start dari ujian bertulis sampailah ujian komputer. kali ke 7,saya memang tak sangka akan lulus exam,lulus PAC dan gagal temduga ptd 2017. bercakap pasal kabel ni,sy mmg sedih sb sy xde kabel.walaupun ayah sepupu saya pangkat datuk tetapi dia mmg takkan tolong bab kabel ni..sebab dia nak saya dapat ptd kerana sy memang layak.dan masa temuduga ptd baru ni,sy mmg langsung tak boleh nk perform. fail sy langsung tak dibelek.malah bila sy ditanya saya,belum sempat sy jwb.penemuduga tu dh tolong jwb dulu.nampak sgtlah dorg temuduga saya sb nak cukupkan masa je.pegawai spa pula langsung tak tnya soalan. waktu temuduga sy mmg sekejap je.dan soalan last penemuduga ialah siapa tokoh pemimpin yg sy pilih.bila sy bgtau sy pilih pemimpin kerajaan,sy kena sindir. agaknya dorg ingat saya tipu kot. memang sy rasa nak menangis dan memang rasa tak adil sgt dlm temuduga baru2 ni. balik rumah mmg sy menangis memanjang.mmg dah rasa give up,rasa berputus asa..tetapi family mintak cuba lagi pada thn depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,
      Sorry to hear your story. Mungkin belum rezeki untuk terpilih. Tapi, sedikit sebanyak membantu untuk thun depan dengan pengalaman temuduga pada kali ni. Just believe in your self and tingkatkan lagi interview skill. InshaAllah, rajin berusaha, berjaya ganjaran nya. Jangan sedih2 k. Mungkin ada yang lebih baik menanti. :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam Faz,
    Saya ada baca entri2 puan Faz sebelum ini pasal pengalaman puan dekat Kadet PTD, entri kali ini berkenaan temuduga PTD, boleh saya tahu status puan sekarang samada masih mengikuti program Kadet? Maaf kalau saya mungkin tersilap baca atau terkonfius. Saya pun ada memohon jawatan PTD ni hujung tahun lepas, memang penuh suka dan duka pengalamannye. Inteviu saya pada 30/3 lepas. Penantian setiap keputusan pun cukup mendebarkan dan mengerikan.

    Sepanjang saya apply ni, setakat ni takde guna lagi kabel semua atas usaha sendiri macam puan. Ada juga yang kecam kata mesti ada kabel, tipu kalau tak ada tapi itulah kebenarannya memang takde kabel.

    Suka baca entri2 puan, please continue updating lagi. Thanks

    ReplyDelete
  6. Salam Fara Dila,

    Thanks for reading my entry. Sy doakan yang terbaik untuk kptsn interview nnt.
    Mungkin disebabkan ramai yg tahu susah nk masuk skim ptd, ditmbah dengan ujian pelbagai level, dan calon yang ramai, jadi org lua x percaya kita mampu untuk lulus tnpa kabel.
    Tp pandangan manusia kita x boleh ubah kan? Yg pnting kita sendiri tahu apa yg kita buat.
    wish u all the best and good luck in future.
    Nice knowing you Fara Dila :)

    ReplyDelete
  7. Assalam puan..boleh saya tahu persediaan puan semasa menduduki exam Ptd??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Payish. Biasa nya saya akan study soalan lepas melalui google dan facebook. Banyak soalan2 lepas yg dikongsikan. :)

      Delete
  8. blog akak faz ni lah penyunting semangat saya utk tidak jemu Apply PTD since tahun 2015. I read this blog since 2015 jugak. so dijadikan cerita, 4 kali saya gagal temuduga. this year pun sama. so I hope tahun 2021 tahun bertuah bagi saya. aminn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...