Monday, July 3, 2017

SUSAHNYE KERJA!

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera. 

Hi Readers. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Bersusun idea nak menulis. Macam-macam perasaan ada. Tapi disebabkan kekangan masa dan kerja, blog ini pun bersarang. Kalau ada anak, dari merangkak dah boleh jalan dah sekarang. Next post pulak, anak dah boleh berlari. 

Cliche masa raya, soalan cepucemas untuk orang bujang, "Bila nak kahwin?". Kalau dah kahwin, "Bila nak dapat anak?". Kalau baru lepas belajar, "Bila nak kerja?" etc etc. Sebenarnya, aku takde lah rasa marah dengan soalan-soalan tu. Tuh memang style/norma warga Malaysia. Suka berbahasa basi untuk menghidupkan suasana. Mereka ambil tahu tentang perkembangan saudara mara. Kalau diorang tak tanya kita kerja apa, kahwin bila, takkan diorang nak tanya, "Eh Tipah, ko tengok tak cerita Hero Cinderella tu? Minat betul makcik dengan Fattah". Macam tak kena pulak kan? So, be polite and jawablah dengan tenang dan baik. Kalau belum ada kerja/kahwin, jawab je, "Belum ada rezeki/jodoh saya lagi makcik. Doa kan lah yang terbaik untuk saya". Kemudian senyum ^_____^. Kita tak sakit hati, orang tuh pun tak terasa hati dengan jawapan kita. 

Then, ada pulak yang cakap, "kau cakap senang la faz. ko dah keje. ko tak rasa ape kitorang rase bile orang tanya soalan yang same je". Eh. Malaysian sangat taw. Sebelum saya senang bercakap, saya dah merasa susahnya. Yakin lah, rezeki tidak pernah datang bergolek dari langit yang terbuka luas ini, mahupun dari dalam tanah tanpa usaha dari kita sendiri. What you give you get back, people. Sebelum saya dapat tawaran kerja kerajaan, ketahuilah bahawa saya bukanlah duduk rumah sekadar goyang kaki tangan, menonton sinetron semata-mata. Sebelum habis belajar lagi saya dah tersangat sedar akan realiti susahnya mencari pekerjaan di luar sana. 

Lepas SPM, saya ikut program-program motivasi as facilitator for primary and secondary students. Masa tuh dapatlah upah dalam RM100 untuk program 3hari 2malam. Bekerja sementara tunggu keputusan matrikulasi keluar. Bila ikut program motivasi ni, semua benda kena buat. Masuk hutan, angkat barang, bercakap tak henti-henti, jaga budak dan sebagainya. Lepas balik 3 hari pengsan sekejap. Bila ada program, follow balik. Begitulah seterusnya. Lepas matrik, sementara tunggu result UPU, saya kerja as cashier dekat carrefour. Kerja shift. RM4.50 satu jam. Berdiri laa engkau 3 4 jam tanpa duduk. Lagi-lagi weekend. Nak pergi tandas pun kena tunggu turn taw.  Itu belum lagi dapat customer yang kerek. Yang pandang engkau macam engkau ni taraf selipar jepun dia je. Wahai pembaca, regardless apa pun pekerjaan orang tu, dan apa pun taraf kita di atas muka bumi Allah ni, belajar lah hormati semua makhluk Allah. 



Saya pernah kerja sampai pukul 1-2 pagi, sebab midnight sale. Dan paling tak boleh lupa, dumbbell 5 kilo jatuh atas kaki. Terjengket-jengket laa kaki tahan pedih. 2 3 hari bengkak. Dapat mc? Tidak ya, tidak. Kenapa saya bersusah payah kerja? Sebab saya tahu duit tak akan datang tanpa saya usaha. Saya belum punya keluarga kaya yang boleh mandikan saya dengan duit, tanpa saya kerja. Buat apa nak malu kerja cashier, as long as kerja tuh halal. Peduli apa saya kalau kerja tak de standard, tak de class, and nak buat apa malu dengan mulut orang? Bukan orang tu yang bagi kita makan.

Lepas saya habis degree, saya apply kerja online. Even kerja kfc and mcd pun saya minta. Tapi tak dapat panggilan temuduga. Hingga saya ambil keputusan untuk sambung belajar. Sebab waktu itu pun saya sudah terasa bahang susahnya mendapat pekerjaan. Berpuluh emel, resume saya hantar. Satu pun tak respon. Saya sedar, saya perlu bersaing dengan puluhan graduate dari segenap negara. Itu belum lagi graduate oversea yang tentu "lebih dipandang" oleh syarikat di luar sana.

Lepas saya habis master, saya kerja di tesco di bahagian sumber manusia. RM1,000 sebulan. Kerja saya adalah mencari pekerja. Temuduga orang. Tesco letak saya di pintu masuk, dengan banner "Temuduga Terbuka". Tercongok la saya seorang diri di situ. Kadang-kadang lebih kepada menjadi kaunter pertanyaan orang yang lalu lalang. Well, buat apa nak malu. Pengalaman kan. Sapa nak bagi? Kadang-kadang terasa bosan sangat. Kadang-kadang saya bijak sikit. Bawak sehelai kertas, dan beberapa games sudoku. Kadang-kadang bersembang dengan makck pakcik yang berdiri tepi meja aku. Demi sesuap nasi taw chuolz. Hidup kita ni tak selalu nya tenang dan senang.

Lepas berhenti, saya buat part time mengajar tusyen. Boleh lah dapat income dalam RM300-RM400. Lepas lah nak beli makanan untuk diri sendiri. Sementara tu, saya tetap tak berhenti tengok jawatan kosong, submit online resume, post resume pada syarikat-syarikat etc etc. Attend open interview, if any. Berjumpa macam-macam jenis penemuduga, baca macam-macam teknik, style interview, etc etc. Penat memang penat. Tepu dan lesu hanya untuk mencari sebuah pekerjaan. Sehingga lah saya menerima offer.

Read this post: --->

Apa yang saya nak tekankan, rezeki setiap orang berbeza-beza. Tapi dalam pada yang sama, berusahalah. Kalau belum rezeki kita untuk dapat pekerjaan yang baik, kerja biasa-biasa dulu. Jangan memilih. Jangan merungut dan jangan mengeluh. Tak dapat kerja di zaman sekarang bukanlah satu alasan lagi. Kerja berlambak. Cuma terletak pada kita untuk pilih. Sama ada sanggup atau tidak. Buanglah rasa malu tidak bertempat tu. Apa salah nya ada degree ada master, tapi kerja kedai makan? Rezeki itu perlu dicari, bukan datang sendiri. Tak ada kenderaan? Public transport banyak. Sekarang siap ada uber. Kalau nak carik kerja sebelah rumah, memang payah lah. Kalau tak mampu kerja dengan orang, buatlah bisnes online. Tapi, perlu rajin dan konsisten. Kalau hangat-hangat tahi ayam, hmmmm.....

Bagi yang masih mencari pekerjaan, banyak-banyak lah berdoa. Learn from the hard way. Then segala rintangan dan dugaan kau mampu lalui di masa hadapan. Jangan berhenti explore new things.

Last but not least, moga memberi manfaat.!

Sekian, terima kasih. Thanks for reading. C u in the next post!

Yang benar,

Faz 💋


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...