Wednesday, August 30, 2017

Faz Big's Day: Part 3

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Hi readers. 

Tengah menghitung hari untuk ke hari tersebut. Perasaan? Bercampur baur. Tapi, semakin dekat, semakin stress. Macam-macam nak kena pikir, dan macam-macam tak setel lagi. Termasuklah, ade last minit changes, tibe-tibe itu tak cukup, ini nak tambah, itu tak jemput lagi, yang ini tak beli lagi, dan sebagainya. 

Lagi2 terbaca kisah ditipu wedding planner. Zurin Jundi Wedding Planner if im not mistaken. Lagi la perasaan bercampur baur. Kena fikir positif banyak2. Yang penting, doa banyak2, semoga majlis berjalan lancar. Doakan ya readers. Aminnn.. 

Actually, almost same thing happened to me. Akan saya ceritakan selepas majlis selesai. Sekarang tak sempat nak fikir dulu. I've planned everything around one year ago. Book dewan, dapatkan tarikh, da ade tarikh, tempah kad, beli kain, tempah baju, cari catering, food testing, etc etc.
Tapi, cabaran bukan di awal persiapan, tp di penghujung menghampiri tarikh. For me, cabaran terbesar adalah untuk manage my budget. Really. Sekiranya b2b x cuba fahamkan orang sekeliling, what do you want, and what your plan, confirm budget lari. Nak faham kan orang sekeliling bukan senang. Tuh lagi satu cabaran. Campur tangan pihak, dan pihak-pihak, jadi, anda perlu mempunyai tahap toleransi yang tinggi disamping takat kesabaran yang jitu, gitu. muahahahahaha.

I try my level best untuk tidak membuat sebarang pinjaman bank atau pinjaman tidak rasmi dari mana-mana pihak. Huhuhu. Bukan senang nak control nafsu berbelanja ni. Pernah jugak terbabas sana sini sikit. Tapi cepatlah tampar diri. Try control perbelanjaan. I always remind myself, majlis ni hanya sehari, for what untuk saya membazir. Yang penting kehidupan lepas kahwin. Tak kan saya nak berhutang berpuluh ribu, terikat dngan bayaran bulanan bertahun-tahun, hanya untuk majlis sehari? Berbaloi x? Apa impak in short and long term? Baik saya beli kereta, boleh pakai bertahun2, dari saya habis beribu untuk sehari. Menyesal kemudian tidak berguna. Cukuplah bersederhana. Yang penting tetamu cukup makan, dan majlis berjalan lancar. 

Sebenarnya, hati tak tenang. Mohon doakan segala persiapan berjalan lancar dan majlis sempurna apa adanya. 

Amiiinn... 

p/s: Pada sesapa yang mengenali diri, jemputlah datang ya. Thank you

Yang benar, 
Faz


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...