Wednesday, November 30, 2011

Puisi Buat Isteri

Trjmpe satu puisi,
yang dibaca oleh pelakon zahiril adzim pd isterinya shera ayob.
klo somi den yg bco gni tyme mjls kawen,
tngkap leleh laa gamak nye..
heeee

--------------------------------------------------------
Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih berat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu,
dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik
ampunkan aku kalau aku pernah menjerit
ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta
Akan ku jaga kau seprti ku jaga diri ku sendiri
mmg hidup iu tidak pernah ada jaminan keselamatn
bahaya, ancaman di mana-mana
tp selagi kau dalam dakapanku, aku berjanji akan menjagamu
setiap saat dan waktu
setiap siang dan malam
setiap guruh dan hujan
setiap panas dan terik
setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan
dan memohon pada Tuhan
agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku
tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala

Isteriku,
Selamat datang ke hidupku
Selamat menjadi isteriku
Selamat menjadi ibu bapa anak-anaku kelak,
selamat menjadi menantu ibu bapaku
selamat menjadi adik dan kakak pada adik beradikku.
selamat menjadi keluargaku
selamat menjadi pelengkap hidupku
selamat menjadi separuh dariku.....

------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...