Saturday, March 3, 2012

Al-Mathurat

Kisah benar.

Pada suatu petang, Aisya pulang dari kerja seperti biasa. Namun pada hari tersebut, Aisya pulang agak lewat dari biasa lantaran terdapat beberapa kerja yang harus disiapkan sebelum pulang. Oleh kerana keadaan yang semakin gelap, Aisya mempercepatkan langkah melalui lorong bawah tanah untuk pejalan kaki. Laluan tersebut agak lengan dan sunyi. Sebelum tiba di hujung lorong tersebut, Aisya sempat mengerling kepada seorang lelaki yang bersandar di lorong tersebut sambil memerhatikan kepada dia. Namun, Aisya cepat-cepat memanjangkan langkah, tapi sempat menoleh ke arah lelaki itu, dan hanya mendapati, lelaki tersebut masih memandang kearahnya tanpa bergerak.

Seminggu selepas itu, Aisya membaca surat khabar. Dia amat terkejut, mendapati wajah lelaki tersebut di dada akhbar yang sedang dibaca. Rogol dan bunuh. Begitulah tajuk berita tersebut. Dan tambah mengejutkan, lelaki tersebut telah merogol dan membunuh seorang wanita yang lalu diterowong tersebut pada hari yang sama dia melalui terowong itu. Aisya semakin tertanya-tanya, mengapa bukan dia yang menjadi mangsa lelaki itu?. Persoalan ini berlegar-legar di fikiran nya sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan lelaki itu di penjara.

Selepas berjumpa dengan lelaki itu, Aisya bertanya "Encik, saya ingin mendapatkan kepastian. Mengapa encik tidak menangkap saya pada hari saya melalui terowong tempoh hari? sedangkan, ketika itu, tiada orang lain yang lalu diterowong itu". Lelaki itu menjawab, "aku melihat ada dua org lelaki yang sangat gagah dikiri dan kananmu". Dan Aisya tahu, lelaki gagah yang dimaksudkan itu adalah malaikat yang menjaganya kerana dia selalu mengamalkan bacaan Al-Mathurat setiap hari.

Kelebihan membca Al-Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini
3. Allah mencukupkan apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
4. Ornag yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut, maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu
6. ALlah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya
9. Terhindar daripada syirik
10. Selamat daripada bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari Jumaat
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan diperlihara oleh Allah hingga ke waktu petang. dan sesiapa yang membacanya di waktu petang, akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah dari sudut zikir, dan berdoa dan berbagai lagi kelebihan

p/s: Kalau anda tidak memiliki nashkah Al-Mathurat, juz google kt internet. Ada dlm bntuk pdf, and boleh di download scra percuma. =)

Selamat beramal....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...