Monday, August 5, 2013

Menulis Lagi

8.52PM

Malam ke 27 Ramadhan. Saat segelintir umat Islam bersembahyang terawih, aku keseorangan menghadap mesin empat segi tidak bernyawa. Memerah otak mencari idea. Sekotak milo menjdi peneman juadah berbuka. Nasi dan lauk masih terbungkus rapi di atas meja.

..Meja yang huru hara bersama juadah berbuka..

MP3 merah menjadi peneman setia. memutar lagu raya yang mendayu dayu. mencuri masa yang ada menulis isi hati yang terpendam. menulis menghilangkan keletihan dan sesak di dada.

..Analisa cik faz..

Suatu hari, ketika badan terlalu penat, mental terlalu lelah, kaki terasa ingin berhenti melangkah, aku terima satu mesej dr seseorg yang berbunyi,

"Pernah tertanya kenapa Allah pilih kita untuk berada di mana tempat kita sedang berdiri ini?
Untuk lakukan perkara yang sedang kita lakukan sekarang ini?
Untuk menjadikan salah seorg dr kelompok komuniti ini?

Semuanya dan seangkatannya saya satukan menjadi perkataan iaitu PELUANG.
Kerana Allah telah pilih kita untuk diberikan peluang untuk kita belajar, alami dan hayati.

Berhenti mengeluh dan gunakan peluang selagi masih berpeluang.


Terima kasih kepada yang telah memberi. Kdg kala hidup perlu sentiasa motivasi. Andai terlupa, perlu diingati, andai terjatuh, ada tgn yng menghulurkan bantuan. Sambutlah ia sebaiknya. Ambil pedoman dan hayati sebaiknya.

Setakat ini dahulu, ada kerja menanti. Takut terlewat pula nnt. Akan menulis lagi.
Next entry: Belajar VS Bekerja.

:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...