Sunday, August 4, 2013

Sayangkan Anak

Dear allz,

Sekian lama x menulis. Mmg banyak mende nak share, tp sbb kesuntukkan masa, dan mood menulis yang kadg kala bertempiaran lari, maka tergendala laa sgala agenda dan idea hanya tercoret di dalam kotak minda.

oklah, mende ni da lama terpendam, cume kali ni rase macam nak diluahkan. mgkin aku belum begitu layak nak berkongsi pendapat akan perkara ni, tp ini hnya pndngan kecil aku yang tidak semestinya tepat. dr pndangan mata, dan pengalaman, aku menulis. untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat, mungkin.

"sayangkan anak tangan tangan kan, syangkan isteri tinggal tinggalkan". satu madah yang acapkali aku gunakan suatu ketika dahulu di zaman prsekolahan. kini aku mmbesar dengan ayat ini. melihat bagaimana dngan sepotong ayat, aku belajar pelbagai perkara.


x dpt dinafikan, pendidikan dulu dan kini bnyk bezanya. jika dulu, agak ssh melihat rumah agam terbina indah, kini merata-rata melihat rumah mewah tumbuh di tengah bandar. jika dlu susah melihat kereta mewah di jalan raya, kini kereta mewah melintas di dpn mata. bagai cndwan tumbuh slps hujan, begitu laaa pantasnya peredaran masa dan zaman.cara hidup dan corak pendidikan berubah. pemikiran dan pandangan semakin berkembang. namun..... perkembangan yang bagaimana harus dipraktikkan agar masyarakat terbina dengan ketamadunan dan kesusilaan.

tidak keterlaluan utk aku perkatakan, teknologi memecahbelahkan. memecahbelahkan institusi masyarakat dan insitusi kekeluargaan. tidak disangkal, kini ramai ibu bapa yang mempunyai taraf hidup yang tinggi. mampu memberi dan menuruti kehendak anak anak. namun, adakah kelimpahan wang ringgit, kemewahan mampu menjadikan mereka sebagaimana kita kini? atau hanya merosakkan masa depan mereka? jika dlu, kita belajar di bwh lampu lilin, berjalan ke sekolah, brbelanja seadanya, berusha sehabis baik untuk mendapatkan yang terbaik, menjadi yang lebih baik hingga kita menjadi kita yang kini ada. namun, ia bermula apabila kita mengenal susah. dari susah kita sntiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. namun, jika dari mula kita perkenalkan anak muda dngn kesenangan, apakah nanti jika mereka bertemu dengan kesusahan, mereka mampu menghadapinya?

lihat sja anak muda, ditgn mereka memegang android, ipad, iphone, dan segala teknologi yg dibekalkan oleh ibu bapa. apa yang mereka mainkan? candy crush, facebook, watsapps, wechat, kakaotalk, twitter? atau mengulangkaji pelajaran, mencari formula matematik? tepuk dada tangan diri. alasan alasan diberikan, "kalau dlu saya ssh, skrg sy xnak anak saya rasa susah sprti sy dlu. kini sy senang, sy nak limpahkan kesngan pd anak sy". bukan kah pengalaman guru terbaik dalam kehidupan? jngn terlalu memandang kini, hingga lupa di kemudian hari. jika sewaktu kita masih ada, kita mampu membekalkan segala kesenangan pada anak2, namun bila kita tiada? bagaimana anak2 yang sudah biasa hidup snang mengenal susah dalam perjalanan kehidupan mereka? akhirnya, terbit cara senang, merompak mencuri dan menipu.

kita yang mencorakkan mereka. pilihan di tangan kita. mmberi kesenangan yang menghancurkan kelak? atau mndidik mereka susah untuk kesenangan mereka nanti? yg pnting, didik dngan Al-quran, bukan dengan teknologi yang sia sia. Wallahualam.


Penulis,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...