Sunday, December 11, 2011

Isi Hati

Aku menulis di petang ini, utkku diriku sndr, juga buat pmbaca sekalian.
Penulisan bukan cara yang terbaik utk aku meluahkan perasaan. tapi tika mana aku keseorgn, tiada teman yang amat aku sayangi di sisi, tiada teman sebilik yang boleh mndgr luahan aku lagi, penulisan ku kira sbuah tmpt yang terbaik waktu ini.

ku alami weeknd yang sangt2 menekan jiwa. kerap kali aku menitiskan air mata, dan aku merasa btul2 kesunyian tika ini. aku bagaikan terjatuh dlm satu jurang yg amat dlm, dan aku blum berupaya utk bangkit berdiri dan meneruskan perjuangan aku dalam bidang ilmu ini. peperiksaan akhir yg bakal menjelang tiba 3 mggu dr skrg benar2 buat aku tertekan. dan tiada siapa yg memahami apa yang aku rasai.

keputusan mara masih blum aku terima. dan ku kira, aku gagal dalam permohonan trsbut. stlh penat lelah aku prgi ke sana bbrapa kali, tp prmohonan aku ttp digantung tidak bertali. dan aku lebih selesa mnganggap aku tidak berjaya dalam permohonan trsebut. dalam masa yang sama, aku redha, tetapi aku terasa sedih dengan apa yang berlaku. berdosa nya aku mempersoalkan qada dan qadar Allah, aku percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. tapi bukan senang utk menerima kegagalan atas usaha yang telah aku buat. dan ini sangat2 menambah tekanan aku.

Tuhan tidak menguji hambaNya, jika hambaNya tidak mampu menghadapi perkara itu. tapi skrg, aku terasa, teramat berat ujian Allah ini utk aku tempuhi seorang diri. terasa bagaikan burung, yang terbang sebelah sayapnya, utk smpai ke destinasi.

aku mmg tidak pndai menegur org.. itu satu kelemahan aku yang dari dlu tak dapat aku atasi. aku bimbang, teguran aku, akan memberi kesan pada hati org len. sbb itu, aku lebih suka berdiam, dan menelan segala marah, sakit, kecewa, sedih, seorang diri. seorg teman, pernah menegur, aku marah bagaikan api. tp aku ank kedua, dan spttnya aku bersifat air. aku tidak pernah mnjdi api, tp aku mmpu bertukat tsunami. api hnya mampu mmbakar satu bangunan, setidaknya satu kawasan, tapi tsunami mampu menenggalamkan satu bandar acheh. itu kemarahan air. dan aku akan menyesal yang teramat andai aku memarahi ssorg..dan akibatnya, aku sndr yang akan menangis..

aku tidak meminta teman yang mmpu membuat aku senyum gmbira, gelak penuh ceria, tp ckuplah teman yang tidak membuat aku terluka. dan ini membuat aku bertambah tertekan. sangat tertekan. teman, jika engkau membaca penulisan ini, bukan aku ingin memburukkan engkau, ataupun menyatakan aku lebih baik dari engkau. tapi, fahamilah, aku tidak pandai menegur. dan anggplah, seolah2 aku berbicara dgnmu tika ini.

ckuplah bertanya soal pakwe padaku. bkn aku tidak mahu bercerita, tp mmg tiada sape pn yg aku sayang tika ini selain ibu dan bapaku. fahamilah. dan jgn brkali-kali bercerita soal kahwin, tunang jodoh dan sebagainya. kenapa tidak kau pinta pada yang Maha Esa, sesungguhnya dia yang menentukan jodoh dan pertemuan. jgn hanya bicara dibibir, tp tidak berusaha meminta padaNya. sahabt, Allah suka hambaNya merintih dan meminta padaNya, dan InsyaAllah, dia akan kabulkan permintaan hambaNya..fahamilah...

sbgai pelajar, tggjwb kta adalah menuntut ilmu pengetahuan, berusha sehabis baik utk mengejar kjyn. oleh itu shabat, bersungguh2 lah dlm membuat stp kerja yang diberikan. pikul lah stp tanggjwb itu shbis baik. kita sama2 belajar, sme2 menuntut ilmu, fahamilah. tlg menolong lah antra satu sama lain, dan mengmbil berat stp tugas yang diberikan. maafkan aku, kerna aku tahu aku tidak selayaknya menegur engkau whai sahabat, tp engkau sprti cermin bagiku. aku menasihati engkau dan memuhasabah diri, agar aku juga tidak lalai dalam perjuangan ini.

dan tika ini, aku rindukan ibuku, wlaupun bru smlm aku bersua, tp aku ingin menangis di riba ibu sepuas-puasnya. agar hilang beban yang aku tanggung ini.
mak...:(
maafkan aku sahabat. aku juga insan yang serba kekurangan...maafkan aku...:(

"besederhana dalam segala hal. besederhana dalam menyayangi seseorang, besederhana dlm berbicara, besederhana dalam tingkah laku, besederhana dalam pergaulan, agar sakit itu tidak begitu hebat" ... :(

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...